Salam Takziah di atas pemergian seorang pelajar UTP yang lemas di air terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak semalam. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Tambun di perkampungan datuk beliau. Menurut keterangan yang diperoleh, mangsa lemas bersama seorang lagi kawan beliau yang juga merupakan pelajar UTP, namun berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang sedang membuat kerja-kerja pengukuran di kawasan tersebut. Akan tetapi ketika lelaki tersebut yang cuba menyelamatkan mangsa, lelaki itu turut lemas bersama-sama mangsa kerana ditarik pusaran air yang deras.

Diharapkan kepada semua pelajar UTP agar dapat menjaga diri masing-msing dan tidak pergi ke kawasan-kawasan air terjun untuk beriadah kerana tidak selamat memandangkan sekarang ini musim hujan. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga mangsa, bolehla berbuat demikian di café-café berdekatan. Semoga sumbangan kita sedikit sebanyak dapat membantu keluarga mangsa dan insyaAllah diterima oleh Allah. Semoga roh beliau ditempatan bersama orang-orang yang soleh.. amin…

Name: Norshida bt Adnan

Metric No: 6956

Course: Civil Engineering

Year/Sem: Final year, final sem


Sumber:NurFieraBlogspot