Memori Village 1 UTP


Family Day V1
Aku duduk berhadapan dengan Migho pada waktu makan tengah hari di Kafe Pak Ali, V1. Sambil menjamah lauk ikan dan tempe goreng, aku memandang kearah Village 1 (V1) ataupun dalam bahasa melayunya Desasiswa Satu. ‘Banyak betul perubahan yang dah berlaku,’ getus aku dalam hati. Ketika lagu Balasan Janji Palsumu berputar di radio di kafe, fikiran aku mula ligat berputar mengenang masa lalu.
V1 merupakan tempat tinggal pertama aku di UTP semasa berada di zaman foundation dan juga semasa tahun pertama pengajian ijazah di UTP. Disinilah bermulanya kehidupan indie aku selepas dua tahun terperangkap dalam kawalan warden asrama di MRSM dulu. Dulu kat V1 ada banyak pokok yang tinggi terutamanya di belakang V1C. Sebab itu suasananya amat tenang dan nyaman. Kalau waktu pagi, memang agak susah untuk bangun tidur kerana keadaannya agak sejuk. Sayang rasanya nak tinggalkan katil. Nasib baik iman agak kuat untuk bangun subuh pada waktu tu hehehehe.
Tapi sekarang pokok-pokok itu sudah tiada. Dengar cerita pokok-pokok tu telah ditebang semester yang lepas selepas kejadian pokok tumbang ke atas beberapa kereta pelajar UTP. Aku tak setuju sangat tapi mungkin itu cara pihak pengurusan UTP untuk membendung perkara yang sama daripada berulang lagi. Pokok nangka pun dah tak ada.
Rembat buah nangka kat belakang V1C. Gambar terpaksa diedit sedikit kerana pemegang nangka berpakaian agak mencolok mata perempuan hahhaa
Dulu aku tinggal di V1C, bilik paling atas dan paling hujung berhampiran V1D iaitu tempat tinggal pelajar perempuan. Dah la tinggal sorang je dalam bilik tu. Walaupun tinggal sorang, biasanya ada je kawan-kawan aku yang melepak kat sini sebab nak skodeng perempuan jemur baju. Aku pun tak faham apa yang best sangat tengok perempuan jemur baju ni. Mungkin sebab kat sekolah dulu tak pernah berpeluang untuk skodeng perempuan jemur baju kot. Tapi perkara yang paling lawak yang aku ingat bila seorang kawan aku pergi sound kat seorang makwe yang tengah angkat baju kat ampaian. Mungkin kerana malu, budak tu hanya ambil baju dan seluar je. Baju dan seluar dalam dia tinggal je kat situ kah3
Tapi sekarang memang tak boleh skodeng dah. Keseluruhan Village 1 telah dikuasai oleh kaum Adam. Bagus-bagus. Mereka dah tak boleh mencontohi kelakuan buruk senior mereka yang terdahulu haha.
Kalau bercerita pasal kafe pulak, dulu makanan kat sini murah giler. Kalau makan tengah hari, komfem tak sampai tiga ringgit untuk sepinggan nasi, ayam dan sayur. Kalau tambah air tu lain cerita lah. Masakan panas pun murah. Kalau setakat nasi goreng atau mee goreng tu, tak sampai dua ringgit setengah pun harga dia. Biasanya, order makanan sebelum waktu Isyak. Balik dari masjid makanan tu akan siap sebab agak lama kalau nak tunggu kat situ.
Tapi harga murah tu tak bertahan lama selepas kafe diambil oleh orang lain dan kaunter dijaga oleh Kak Muka Masam. Aku dan kawan yang lain tak tahu nama dia apa. Tapi memandangkan muka dia selalu masam, tambah lagi dengan harga makanan yang di caj terlampau mahal, aku dan kawan yang lain memanggil beliau dengan gelaran Kak Muka Masam. Tapi kat belakang dia la, bukan depan-depan. Sekarang, kafe tu diambil oleh Pak Ali. Ok skit harga dia, tak macam sebelum tu.
Erm, tu je kot yang aku nak cerita. Kalau aku ingat apa-apa lagi aku tambah lain kali. Terima kasih kerana membaca sampai habis. Bye!

Comments

penaberkala said…
aku duk old V5 kot
lagi mencabar
nak cari makan pergi v1
balik village lapar balik perut,hahaha


kak muka masam dok mano eh lening?haha
Peeka Syuhada said…
life without warden is superb . =p
Alif Pauzi said…
Sampai skang pun still suka tgok pmpuan jemur baju..keh2.
beliamuda said…
Memori itu masih menggamit. Gamit ok bukan Gambit. Sori mencarut. =)
Hazwan said…
@penaberkala ~ tu pasal..sian olek ke sek2 mu time tu haha..pasal kak tu mane aku tau haha

@Shafika ~ xbest jgk..dh lame tak rase kena cubit keh3

@wan pai ~ anda skodeng tak time tu?haha

@Alif Pauzi ~ tgk ktne plak?haha..x abis2

@beliamuda ~ bukan menggambir??haha
Izz Amri said…
entry kamu memang selalu bersikap jujur :P
Hazwan said…
yup, kita perlu jujur dlm menulis baru org faham ape yg kita nak cakap..

bajet giler ayat aku hahaha
Amin Baek said…
dok propana lagi best..haha

cuma xbes,xde LAN..keh3

papepun,V1 memang tbaek a..
daisy said…
ape daaa intai pompuan jemur baju. kalo kat rumah,mak2 jemur baju korang intai x? :P

rasenye kita mmg suke bg gelaran yg pelik2 kat org,haha..kak muka masam la,makcik sexy la(ofkos la sebab dia sexy tp masakan dia mmg sgt sedap hehe), kakak susah nak senyum(yg ni mmg urat senyum dia tersimpul kot,sbb tu x pernah senyum haha), makcik air kaya(ni jual air je tp bergaya dengan barang kemas handbag mahal segala haha)..pakcik ginjal besi tak berkarat la (yg ni dia pandai tulis blog n paksa org like blog dia hhaha just kidding) :)
Hazwan said…
@aminbaek ~ yup2..V1 mmg terbaik..yg kurangnye, dapur je xde haha


@daisy ~ kan dh ckp kat atas tu org lain yg skodeng hahah

Popular Posts