Warkah untuk Ayahanda dan Bonda

Kehadapan ayahanda dan bonda ku yang berada di Terengganu, semoga semoga sihat sejahtera. Anakanda di sini sihat dengan kehendak-Nya.
Ayahanda, Bonda..
Apa khabar ayahanda dan bonda? Semoga ayahanda, bonda dan adik-beradik yang  lain berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang anakanda sedang berkelana di Sg Buloh dengan menumpang di rumah kawan, Khairuddin Saad.
Hari ni anakanda berasa sangat sedih kerana tak dapat pulang ke kampung. Walaupun sepurnama yang lalu anakanda telah pulang ke kampung, tapi itu hanya sekejap. Belum puas rasanya menikmati udara segar disana dan menjamah masakan bonda tercinta.
Melihat kemesraan Din bersama keluarganya telah cukup meruntun hari anakanda.  Hati anakanda meonta-ronta ingin pulang ke rumah tapi apakan daya, anakada tak dapt berbuat begitu.  Terasa rindu dengan adik beradik yang lain, dan juga kepada Wafiy, Bahirah, Haziq dan lain-lain. Rindu juga dekat Syifa, anak saudara anakanda yang comel itu.
Oh ya, minggu depan Din sekeluarga akan ke Terengganu. Menurut Din, kakandanya akan berkahwin dengan orang Terengganu tapi  mereka kurang pasti dimana keluarga perempuan itu tinggal. Teringin juga anakanda untuk mengikut mereka tapi faktor kewangan membatasi segalanya. Tapi tidak mengapalah, insyaallah, Aildilfitri nanti anakanda akan pulang untuk bersua dengan ayahanda dan bonda.
Berada di sini, semuanya baik-baik saja. Keluarga Din pun baik. Insyaallah esok anakanda akan bergotong-royong mengecat rumah ini kerana majlis menyambut menatu akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Di harap dengan kesibukan ini, dapat menghilangkan sedikit kerinduan terhadap orang di kampung sana.
Ayahanda, bonda,
Sampai di sini saja warkah dari anakanda untuk kali ini. Insyaallah, anakanda akan berangkat ke Pulau Pinang pada hari Ahad ini. Tolong doakan kesejahteraan anakanda sepanjang berada di perantauan.

Dari anakanda mu
~~hazwan arif~~

Comments

Unknown said…
sedihnya yau..
sabar,pengorbanan untuk mencari ilmu..
nak bagitau ak kat umah leni walaupun hanya untuk 2 hari.. :P
beliamuda said…
apa lagi nak ku kata, bersabarlah ya...

kepulangan di awal Aidilfitri nanti pastinya dinantikan dan pastinya akan membawa makna yang berlainan.
hadio said…
xpe wan
bwk pulang kejayaan
sgala krinduan pst trubat :D
along rufaidah said…
meruntun jiwa sungguh warkah titipan buat ayahanda bonda di kampung ini

takpe...sekali sekala merasa la mcm duduk overseas kan..balik rumah jumpa keluarga setahun sekali je..ataupun beberapa tahun sekali. barulah saat tu terasa nak hargai keluarga dgn teramat sgt.

distances keep the hearts stronger
Hazwan said…
pai~hahaha..saje je nk buat aku jeles..taik sngguh

nipi~ye2,..aku sabar..xtau la cuti raya nnti brape hari..huhu

hadi~yes..thanx my fren..tp xtau la bila nk bwk balik kejayaan tu :P

rufaidah~haha..jgn emo sgt..hik2..mmg mcm overseas pon..jiran2 semua org luar..hadoii
nana said…
raye baru balik????????hmm...
alahai, sayu rasa hati membaca warkah ni..warkah untuk adinda tadek ke? kehkeh~

baru intern, incik hazwan..real job nanti lebih mencabar.. good luck, btw.
Hazwan said…
utk adinda kemudian la plak..
haha

ye..
sy fhm
thanx :P
Anonymous said…
ha3...kalo de blog nk wt gak cmtu...kehadapan ayahanda dan bonda ku yang berada di Pahang~~
Hazwan said…
haha..weh KT, smpai jgk ko kat sini ek :P
Izz Amri said…
huhu..

separuh sedih separa gelak bace entry ini..

sangat emosi..

hihi..

selamat berinternship =)
Izz Amri said…
This comment has been removed by the author.
Hazwan said…
hahaha..
ko pon emo jgk ek..
k2,xnk dh buat entry mcm ni lpas ni :P
::mareney:: said…
bakpe la sedey cngt surat mu ney yau..

Popular Posts