Pasar Karat Ipoh merupakan salah satu tempat yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang melancong ke Ipoh. Menurut hasil kajian google, ia turut dikenali sebagai Loken dalam kalangan penduduk tempatan. Kenapa Loken? Aku tak tahu apa itu Loken kerana tiada dalam hasil carian google
hehe.
Dahulu loken ni terletak kat tepi Sungai Kinta. Tetapi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Ipoh dan peniaga-peniaga loken, tapak ini telah dipindahkan di Jalan Horley, Ipoh. Senang cerita, di tapak Gerbang Malam. Loken kini dijenamakan semula sebagai Memory Lane. Walau bagaimanapun bagi penduduk-penduduk setempat, nama loken masih lagi menjadi sebutan. Pasar Karat ni dikatakan hanya ada pada hari Ahad, bermula awal pagi sampai ke pukul 3 petang.
Di Pasar Karat Ipoh ini, terdapat pelbagai barangan lama dan antik serta banyak barang keperluan yang lain. Barang-barang curi pun mungkin banyak kat sini. Mungkin la. Antara barang-barangan yang mungkin anda akan dapat disini seperti duit syiling dan duit kertas lama, seterika arang, buku, cermin mata, kamera antik, keris lama, baranggan perhiasan dan bermacam-macam lagi benda yang anda rasa tak patut ada di pasar. Misalnya, penunu Bunsen.
Barang-barang bundle pun banyak, barangan tiruan dan juga pelbagai jenis pakaian dan aksesori diri. Kalau nak cari alat ganti untuk motorsikal, kereta atau barangan elektrik lain, disini merupakan tempat terbaik untuk mencarinya dengan kos yang murah. Tapi hati-hati, anda mungkin terbeli barang curi. Apa yang aku boleh cakap, tempat ini tak ubah seperti Penang Rope Walk yang pernah aku cerita kat
SINI dahulu. Kat bawah ada gambar sikit-sikit yang aku sempat tangkap pagi tadi. Layan~
|
Radio dan telefon? |
|
Kesukaan tapi tiada modal untuk menyimpan benda camni >_< |
|
Time aku kecik-kecik dulu, aku pernah jumpa benda ni kat rumah. Macam celak je. |
|
Kereta bomba |
|
"Amacam bro? Mau beli ka....?" |
|
Berkenan bebenor aku dengan kereta kaler merah tu |
|
Power jugak band ni main muzik terutamanya yang guna gitar putih tu. |
|
Sekarang dah Fifa Manager 2012. Fuhh, legend! |
Hampir dua jam aku pusing-pusing kawasan ni. Bergegar jugak lutut aku ni keh3. Terima kasih kepada Migho kerana menjayakan projek hujung minggu ini. Yeahh!
Comments
@Hyemi Mira ~ sama2 ;)
laku dok hok dulu
koleksi aku kat rumah baru separuh album
tringat penang baca entri ni
@zulfikar ~ smlm pon, pukul 12 tu dah ade yg stat bngkus hoho
boh aku suke giler kot barang2 antik
buleh ar bwk die g kalo die mai perak nt.
tanx2 share info!:)
hehe,pempuan kan ;)
pernah gi situ,sy suka tgk ada sorg pakcik tu jual replika rumah tradisional melayu..tak tau la msh ada lg ke tak skrg :)
-violet-
pernah gi situ,sy suka tgk ada sorg pakcik tu jual replika rumah tradisional melayu..tak tau la msh ada lg ke tak skrg :)
-violet-
@zul fattah ~ cincin tunang ke bro hehe
lg 1 pakjoe dh tekan iklan dekat blog nie...pakjoe nk bg duit sikit kn dh nk bka kolah hahaha