Hajat aku untuk menyambung kerja di Mekdonel nampaknya tidak kesampaian. Mana tidaknya, semua plug dah penuh digunakan oleh manusia-manusia yang ingin menikmati internet free. Dan juga elektrik free. Maka terpaksalah aku mengeluarkan sebatang pensel picit dan buku conteng yang aku selalu bawa ke kelas untuk mengisi masa terluang. Untuk menulis benda ini.

Tiba-tiba rasa kesian kat diri sendiri. Yela, niat aku duduk kat sini sebab nak siapkan report FYP yang dah lama tertangguh. Tapi niat ini terbnantut gara-gara manusia yang suka berfacebook di Mekdonel.

Oh ya, sekarang aku berada di Mekdonel Kota Bharu, berhampiran Pasar Besar Siti Khadijah. Oh ya lagi, ada lima orang makwe baru saja duduk betul-betul di depan meja aku. Ok, control macho jap, sambil menarik hidung yang tidak berhingus.

Orang mesti tertanya-tanya apa yang aku sedang buat di KB ni sedangkan kawan-kawan aku yang lain sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja FYP dan FYDP. Adakah kerja-kerja aku sudah siap? Jawapannya, belum! Sebenanrnya fikiran aku telah barai memikirkan kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan kadar yang segera untuk dihantar pada hari esok. Dah la terpaksa datang ke KB secara tergesa-gesa, itupun kerana ada perkara terlampau mustahak. Kalau tak, jangan harap aku datang.

*Ada makwe pakai baju kurung pink sedang lalu kat bawah Mekdonel*

Sesungguhnya fikiran aku ketika ini tersangatlah serabut. Ketika kawan-kawan yang lain sudah memulakan kerja menulis report FYP, aku masih kucar-kacir menyiapkan kerja-kerja lab di Blok P. Kadang-kadang sampai malam. Itu tak termasuk perlu ke lab ICON di Blok 5 untuk membantu groupmate menyiapakn FYDP. FYDP ni pun satu hal. Apa kejadahnya perlu menyiapkan dua plant dalam masa 4 bulan. Engineer biasa-basa pun tak mampu nak buat. Kadang-kadang rasa down kejap.

Kadang-kadang rasa nak balik rumah nak tanam gandum. Dengar cerita harga tepung gandum makin mahal sekarang.

Insyaallah.. Insyaallah.. Insyaallah.. Ada jalannya,” tu pesanan Maher Zain kepada aku dalam kereta pagi tadi, semasa dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai ke Kota Bharu. Pesanan dia tu ada betulnya. Ia buat aku terpikir, selagi masa masih ada, aku pasti dapat menyiapkan semua beban-beban kerja yang membelenggu aku ni. Kadang-kadang kita perlu belajar untuk memotivasikan diri sendiri. Ye dok?

 ****

Ish, rasa menyampah plak bila tengok gelagat makwe berimej makwe bersama makwe berimej pakwe kat depan meja sana tu. Rasa nak simbah air Spritzer ni kat muka diorang. Tapi rasa macam membazir plak.

****

Aku sekarang berada di tingkat 2 Mekdonel. Jadi aku dapat melihat dengan jelas manusia-manusia yang lalu lang kat bawah. Macam-macam gelagat, macam-macam gaya pun ada. Yang cun pun ramai. Tapi aku tak kesah pon sebab bukannya nak mengorat. Lagi pun ________________ (aku tak dapat tulis balik part ni kerana perlu menjaga sensitivity sesetengah pihak)

Kat depan Mekdonel ni ada Pasar Besar Siti Khadijah. Kat sebelah dia ada sebuah masjid kecik. Kat situ ada seorang lelaki tua yang buta sedang mengaji Quran dengan menggunakan tulisan Braille. Kagum betul aku dengan pakcik tu. Tambah-tambah lagi suara dia sangat sedap. Mula-mula aku ingat masjid ni pasang kaset orang mengaji.

Kat sebelah masjid ni pulak ada tandas awam yang besar dan cantik tapi cantik dari luar je la. Nak masuk kena bayar 30 sen tapi kat dalam jamban ada tahi sedang berenang-renang. Phui! Tapi aku tak heran. Benda ni berlaku dimana-mana. Mentality orang Malaysia memang macam ni. Nak jadi bangsa bertamadun tapi tahi sendiri pun tak reti nak flush!

Kat seberang jalan masjid plak ada Parkson. Tadi aku try jalan-jalan dalam tu. Aku rasa kat dalam tu pekerja lebih ramai dari pelanggan. Kesian plak tengok. Kat situ jugak aku terserempak dengan Ayu yang sedang berjalan dengan pakwe beliau. Katanya dah dapat kerja. Tak pasti company Exxon ke atau Axion. Oh, Ayu ni classmate aku semasa form 4 dulu. Dan juga ex-UTP.

Ok, aku baru saja mendapat panggilan dari sepupu aku. Dia nak datang ambil aku kat sini. Boleh hilang sikit bosan aku ni. Kesimpulannya, kalau aku tinggal kat Kelantan untuk sebulan lagi, mesti dah kena kencing manis. Faham tak maksud aku? Ok, chow!

p/s: Alhamdulillah, report sudah siap dihantar pagi tadi. Ya, entry ini ditulis diatas buku sebelum diconvert kedalam dashboard blogger dengan menggunakan software misteri. Last, ada tak yang baca entri ni sampai habis? Kalau ada sila tulis nama anda di bahagian komen. TQ