Hari ni genap setahun dia pergi. Aku masih ingat hari itu, air mata aku mencurah dari Penang melintasi sempadan Gerik sampai ke Kuala Terengganu. Bibit-bibit penyesalan yang timbul memang menyesakkan dada. Ada banyak benda yang buat aku kesal, menyesal dan terkilan. Sampai sekarang aku masih rasa. Namun, tak ada orang tau kenapa aku berasa begitu.

Aku masih ingat, sepanjang perjalanan aku menitipkan semua kenangan-kenangan aku bersama dia. Aku tulis satu persatu apa yang terlintas difikiran. Tapi entah macam mana, aku rasa malu nak masukkan dalam blog. Dan aku padamkannya begitu saja. Tapi hari ni aku rasa menyesal kerana padamkan catatan itu. Kalau boleh aku nak baca balik apa yang aku tulis, kerana semua memori bersama dia aku simpan dalam itu.

Aku rindu kat dia. Aku harap dia tenang di sana. Al-fatihah buat arwah Haji Ismail bin Mohd Salleh~


*****

Tahniah buat adik bongsu aku, Nur Hazirah kerana berjaya mendapat 7Adan 1B dalam PMR 2011. Pasal hadiah tu, nanti-nanti la aku pikir.