Pasar Karat Ipoh


Pasar Karat Ipoh merupakan salah satu tempat yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang melancong ke Ipoh. Menurut hasil kajian google, ia turut dikenali sebagai Loken dalam kalangan penduduk tempatan. Kenapa Loken? Aku tak tahu apa itu Loken kerana tiada dalam hasil carian google hehe.

Dahulu loken ni terletak kat tepi Sungai Kinta. Tetapi dengan kerjasama Dewan Bandaraya Ipoh dan peniaga-peniaga loken, tapak ini telah dipindahkan di Jalan Horley, Ipoh. Senang cerita, di tapak Gerbang Malam. Loken kini dijenamakan semula sebagai Memory Lane. Walau bagaimanapun bagi penduduk-penduduk setempat, nama loken masih lagi menjadi sebutan. Pasar Karat ni dikatakan hanya ada pada hari Ahad, bermula awal pagi sampai ke pukul 3 petang.

Di Pasar Karat Ipoh ini, terdapat pelbagai barangan lama dan antik serta banyak barang keperluan yang lain. Barang-barang curi pun mungkin banyak kat sini. Mungkin la. Antara barang-barangan yang mungkin anda akan dapat disini seperti duit syiling dan duit kertas lama, seterika arang, buku, cermin mata, kamera antik, keris lama, baranggan perhiasan dan bermacam-macam lagi benda yang anda rasa tak patut ada di pasar. Misalnya, penunu Bunsen.

Barang-barang bundle pun banyak, barangan tiruan dan juga pelbagai jenis pakaian dan aksesori diri. Kalau nak cari alat ganti untuk motorsikal, kereta atau barangan elektrik lain, disini merupakan tempat terbaik untuk mencarinya dengan kos yang murah. Tapi hati-hati, anda mungkin terbeli barang curi. Apa yang aku boleh cakap, tempat ini tak ubah seperti Penang Rope Walk yang pernah aku cerita kat SINI dahulu. Kat bawah ada gambar sikit-sikit yang aku sempat tangkap pagi tadi. Layan~




Radio dan telefon?
Kesukaan tapi tiada modal untuk menyimpan benda camni >_<


Time aku kecik-kecik dulu, aku pernah jumpa benda ni kat rumah. Macam celak je.
Kereta bomba

"Amacam bro? Mau beli ka....?"


Berkenan bebenor aku dengan kereta kaler merah tu
Power jugak band ni main muzik terutamanya yang guna gitar putih tu.



Sekarang dah Fifa Manager 2012. Fuhh, legend!
Hampir dua jam aku pusing-pusing kawasan ni. Bergegar jugak lutut aku ni keh3. Terima kasih kepada Migho kerana menjayakan projek hujung minggu ini. Yeahh!

Comments

SteaMira said…
pasar neh bukak kul bpe? ari2 ade ke?
Hazwan said…
hari ahad je..sori..lupa nk tulis,..dh update kat atas tu =D
Unknown said…
Kete merah tu bape hinggit yau?
SteaMira said…
hahaha okayh~ tu mende penting tuh.hahaha tenks2.bleh la pegi nxt week ;)
Hazwan said…
@wan pai ~ x ingat plop nk tanye..hehe


@Hyemi Mira ~ sama2 ;)
penaberkala said…
projek duit guano? hahaha
laku dok hok dulu

koleksi aku kat rumah baru separuh album

tringat penang baca entri ni
Unknown said…
aku pernah gi sini sekali je, tu pun dah dekat tghari.. banyak dah bungkus
Hazwan said…
@penaberkala ~ hahaha..xtau gop..hangat2 taik kucing je kui3


@zulfikar ~ smlm pon, pukul 12 tu dah ade yg stat bngkus hoho
farhana roslee said…
wahhhh
boh aku suke giler kot barang2 antik
buleh ar bwk die g kalo die mai perak nt.

tanx2 share info!:)
baju or tudung takde ke?

hehe,pempuan kan ;)
Hazwan said…
mesti la ader..tp malas nk tulis kat sini sbb bnda tu mcm biasa2 je ;D
Anonymous said…
mbe asal Perak ckp, loken tu asal dr perkataan 'looking' hee...

pernah gi situ,sy suka tgk ada sorg pakcik tu jual replika rumah tradisional melayu..tak tau la msh ada lg ke tak skrg :)

-violet-
Anonymous said…
mbe asal Perak ckp, loken tu asal dr perkataan 'looking' hee...

pernah gi situ,sy suka tgk ada sorg pakcik tu jual replika rumah tradisional melayu..tak tau la msh ada lg ke tak skrg :)

-violet-
Zul fattah said…
aku nak g r skali.. nk g beli cincin.. huhu
Hazwan said…
@Violet ~ ouh..yeke,..thanx 4 de info..replika rumah tradisional xde..yg moden ade la hehe


@zul fattah ~ cincin tunang ke bro hehe
salam kenal dari saya,,sukses yahh dengan postingan nya
Thristhan said…
So many cool and old stuffs. Great for collectors. I've only been to Ipoh for their famous Chicken Rice, but havent visited this market yet.
cerita best said…
NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman bl0g pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...jgn sombong tau rajin2 la komen entry tgk nie dulu nnt tuan blog tau la npa pakjoe kata kena rajin komen Check It Out! wahhh segmen blog siapa akan pakjoe pilih
lg 1 pakjoe dh tekan iklan dekat blog nie...pakjoe nk bg duit sikit kn dh nk bka kolah hahaha
Anonymous said…
Tolong beritahu lokasi terperinci tapak Pasar Karat
Unknown said…
erm...kt situ de jual mcm peti ais ke sofa, almari

Popular Posts