Sambil mengosok baju kemeja untuk final presentation FYP esok, kepala aku berputar-putar ke zaman 5 tahun kebelakang. Secara tepat sehari selepas tamat peperiksaan SPM. Pagi itu fikiran agak kacau memikirkan interview kemasukan ke UTP yang akan berlangsung pagi itu jugak.

Selepas bersarapan dan membelek kamus untuk melihat perkataan apa yang patut digunakan dalam interview, aku keluar dari dorm untuk mencari seterika di dorm lain. Seterika dalam dorm aku dah rosak, kena gigit tikus agaknya. Aku sampai di dorm seberang, entah nama apa aku dah lupa. Aku mula berjalan sepanjang dorm itu sehinggalah aku ternampak satu seterika. Nampak macam baru.

Weh, seterika ni buleh gune ke dok?” tanya aku kepada salah seorang kawan yang menghuni dorm tu. “Buleh kot. Try la guna,” jawab kawan aku tu dengan ringkas.

Tanpa menghiraukan perkataan ‘kot’ yang digunakan kawan aku tadi, aku segera menghidupkan suis dan menunggu seterika aku panas. Baju kemeja kuning aku dihamparkan dengan elok di atas meja menggosok. Lampu kaler merak di seterika sudah padam. Tanpa membaca bismillah, aku letakkan seterika panas di bahagian lengan baju untuk mula menggosok.

‘Zaapppppppp!!’



Baju aku berlubang. Demn, seterika ni rosak rupanya. Aku tengok jam, kira-kira ada sejam lagi sebelum bermulanya interview. Hati aku aku mula kacau. ‘Mati la aku kali ni,’ jerit aku dalam hati.

**** 

Dipendekkan cerita, Pudin datang menawarkan baju kemeja beliau kepada aku. Nasib baik. Dengan memakai kemeja warna biru berbelang-belang dan seluar slack warna coklat kegelapan, aku tau aku kelihatan pelik untuk interview hari tu. Kelakar woi kah3

Tapi takpe, aku dah ada kat UTP pun dah sekarang. Dan sampai sekarang pun aku sentiasa ingat dengan bantuan Pudin pada hari tu. Kalau dia takde hari tu, tak tau la jadi camne. Entah di mana dia sekarang, zaman canggih macam ni pun dia masih takde fesbok lagi.haha

Ok, esok aku ada final presentation untuk FYP. Iaitu masa untuk aku menceritakan semua penat-lelah aku bekerja selama 8 bulan untuk menyiapakan projek yang entah apa-apa ini. Doakan aku ye!