UTP Sepi
Sepi. Sejak hari Rabu lagi, pelajar UTP mula berpusu-pusu balik ke
kampung halaman masing-masing sempena cuti pertengahan semester. Keadaan mula
sunyi., kafe mula lengang, wajah-wajah melayu pun susah nak jumpa. Tasik UTP
yang biasanya di penuhi manusia untuk beriadah juga kelihatan sunyi. Sampai BABI
pun berani nak berjogging di situ. Betul, ini bukan tipu tapi serius!
Kat luar pulak jalan pun macam tak sesak sangat. Kalau sesak
pun sebab ada roadblock polis. Pelik,
BERSIH kat KL tapi roadblock nya
sampai ke Perak. Kalau kat Terengganu pun ada roadblock tak tau nak cakap apa. Kat Sabilah pun tak ramai orang. Sebab
tu bila order laju je makanan sampai.
Dah la kuantiti makanan yang di bagi lebih banyak daripada biasa.
Haihh, Pojie pulak datang. Hilang idea aku. Cisss!
***
Sambung balik. Orang tanya, kenapa aku tak balik rumah. Tak rindu
mak abah ke? Haih, mesti la jawapan dia rindu. Rindu nak usik adik-beradik,
sepupu yang dua orang tu, rindu nak jumpa nenek, rindu nak dengar suara ayam
berkokok, dan segalanya lah yang ada kat rumah tu. Tapi aku rasa terlalu banyak
kerja yang perlu aku selesaikan dalam cuti pendek empat hari ni. Sebab tu aku
ambil keputusan untuk tidak balik cuti pertengahan semester ni; iaitu kali
pertama dalam sejarah hidup sebagai pelajar UTP. Lagi pun aku dah kurang
bernafsu nak jalan jauh-jauh >_<
Comments
Ini best bro! Miahaha~
@athirah ahmad ~ yela..huhu..sob3
@wan pai ~ projek video siap doh..fyp x gerok lg hehe