AMBIGA vs BERSIH 2.0

Siapakah Ambiga?
  • Ambiga Sreenevasan, ketua demonstrasi BERSIH 2.0
  • Ambiga punya hubungan yang luas dengan Yahudi antarabangsa dan turut melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor PLURALISME di Malaysia. Ambiga ditaja oleh National Democratic Institute ( NDI ). NDI adalah salah satu dari 4 cabang National Endowment fo Democracy (NED ). Allen Weinstein pengubal dasar undang undang NED mengesahkan bahawa NED adalah seumpama CIA dan Ambiga telah dilantik sebagai ketua BERSIH 2 untuk menekan kerajaan supaya menerima segala kehendak mereka.
  • Menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009 bersama-sama Dr Musdah iaitu  penganut fahaman menghalalkan GAY dan LESBIAN di Indonesia.
  • Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy.
  • Ambiga merupakan bekas Presiden Bar Council adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut perlaksanaan Interfaith Commission (IFC) pada 21 Ogos 2001. Bar Council telah menerima memorandum untuk menuntut perlaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.
  • Bar Council pimpinan Ambiga juga menjadi dalang risalah perlembagaanku yang mahu menyisihkan hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai agama persekutuan.  Ambiga turut mengadakan forum memeluk islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka artikel 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Bar Council yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.

Nota : Apakah itu artikel 121 (1A) ? Baca kat sini Zairul.Com. Sumber tentang Ambiga aku dapat dari sini AMBIGA.

Apakah BERSIH 2.0?

BERSIH merupakan satu perhimpunan rakyat untuk berarak dan menghantar satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meminta agar perjalanan pilihanraya akan datang dijalankan dengan bersih dan adil. Antara tuntutan BERSIH ialah:

Jadi boleh ke tak untuk menjalankan perhimpunan ni? Boleh kerana Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat serta berhimpun secara aman. Lagi pun BERSIH bukannya membela Anwar atau Ambiga tapi membela hak rakyat untuk mendapatkan system pilihanraya yang adil, bersih dan boleh dipercayai keputusannya. Lagi pun, ini satu-satunya cara untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati kepada kerajaan.
Antara keraguan paling jelas adalah isu 88 orang pengundi yang berkongsi alamat sama (BACA SINI) dan juga beberapa keraguan lain yang boleh anda cari dan selidik dengan sendiri.
Walau bagaimanapun, dalam hati aku sedikit tak bersetuju kerana perhimpunan ini melibatkan ramai orang. Mana mungkin pemimpin di hadapan dapat mengawal beribu-ribu penyokong di belakang jika mereka membuat onar di tempat awam. Boleh jamin ke? Lagi pun, dapatkah diorang menjamin bahawa perhimpunan ini langsung tidak mengganggu ketenteraman awam?

Tapi kalau lah pihak polis bersetuju untuk memberi kerjasama, tidak ada masalah rasanya. Contohnya, macam kat konsert maksiat Justin Bieber atau pun Jom Heboh atau perlawanan akhir Piala FA 2011 baru-baru ini yang melibatkan puluhan ribu penonton. Kalau polis menjaga keamanan perhimpunan ini seperti konsert tadi, rasanya masalah pasti sukar untuk berlaku walaupun tidak dapat dijamin 100%. Lagi pun diorang nak hantar memorandum je, lepas tu terus balik. Kalau ada perancangan lain aku tak tahu.
Tapi ada satu lagi perkara yang lagi hebat yang boleh dilakukan. Kalaulah semua umat Islam yang nak berhimpun untuk demonstrasi aman ini mengerjakan solat subuh secara berjemaah beramai-ramai di masjid sambil memakai baju BERSIH 2.0, bukan saja polis atau FRU yang ketar lutut, Yahudi pun tak senang duduk tau!

Jap, BERSIH ni NGO kan? Tapi kenapa asyik menghentam kerajaan je kat Facebook, dah tak macam NGO dah. Takpe, abaikan. Haa, ape? Aku? Aku tak pergi hehehe

p/s: kalau ada salah pape tolong tegur secara berhemah.

Comments

Amin Baek said…
Jap, BERSIH ni NGO kan? Tapi kenapa asyik menghentam kerajaan je kat Facebook, dah tak macam NGO dah


sbb tu,di dalam aku ada attach link kt blog ak,pendapat mengenai BERSIH.ak pn stuju dgn tuntutan2 tu.terutama pembersihan senarai undi tu ..tp kurang bersetuju dgn penglibatan parti2 politik secara langsung..biarlah NGO tu sndri yg handle..nant tgk lah,yg pling ke depan,sudah pasti politician..


walaupun scara aman,dan dijamin aman,sdikit sbyk,pasti akan ada keadaan tidak terkawal..tak kre apa demo skali pun,baik gov or opp..pasti ada lagi cara yg lbih baik dari berdmonstrasi ni..

papepun,demonstrasi di subuh hari,yg paling mantap..pagi tadi pn,tgk..hostel sume glap.wuuwu.

dapat tawaran utk ke BERSIH,tp menolak dgn baik..ngah midsem break kn..hahahhaa
Izz Amri said…
plg suka part p/s -> sila tegur secara berhemah. two thunbs up! :)

apepun, setuju part bersih. kalau konsert boleh, kenapa sekadar menghantar memorandum x boleh?

sgt agree part ini:
"Tapi kalau lah pihak polis bersetuju untuk memberi kerjasama, tidak ada masalah rasanya." Contohnya, macam kat konsert maksiat Justin Bieber atau pun Jom Heboh atau perlawanan akhir Piala FA 2011 baru-baru ini yang melibatkan puluhan ribu penonton. Kalau polis menjaga keamanan perhimpunan ini seperti konsert tadi, rasanya masalah pasti sukar untuk berlaku walaupun tidak dapat dijamin 100%. Lagi pun diorang nak hantar memorandum je, lepas tu terus balik.
penaberkala said…
nice info

persoalan skang, mampu tak BERSIH tu betul2 BERSIH dari kekacauan?
tengok kat tujuan/matlamat dah jelas dan bagus
cuma sedikit ragu-ragu, takut ada agenda lain

ada pro ada kontra
apapun, moga semua aman
takde kekacauan, tak kira dari pihak mana2 pun
pihak kuning mahupun pihak merah
apatah lagi pertumpahan darah

apa yg akan berlaku,sedikit-sebanyak bakal merubah mindset pengundi2 baru terutama kita
Amin Baek said…
owh..sbgai tambahan..xsilap aku polis ada offer buat dalam stadium kan?

konsert n bola biasa di dalam stadium.itu je perbedaan aktiviti keramaian konsert dan demonstrasi ini...slain tujuan of kos.
Unknown said…
tapi kalo buat kat stadium xcapai motif utama..
mane ade org buat perhimpunan aman kat dlm stadium..
and kat overc bnyk aje perhimpunan/ perarakan aman di lakukan dgn kerjasama polis.dan bukn dilakukan dlm stadium..
xd la kate semua perhimpunan tuh tiada onar..tapi mostly berjaya di lakukan dgn aman tanpa sbrg kecelakaan...insya Allah..
tingal nk bekerjasama atau x aje..
Izz Amri said…
nice one fydp mate. lupe nak mentioned that point at the first place. even lec MS dulu pun ade cite his experienced in UK regarding assembly2 ni.
Hazwan said…
isu ni mmg ade pro dan kontranye..tp aku harap, jika perhimpunan ini berlangsung, ia akan mencapai objektif utama tanpa berlaku sebarang kekacauan atau perbalahan atau lebih teruk lg kematian..aku taknak negara kita jadi seperti di negara lain,yg bermula dari satu perhimpunan biasa,dan akhirnya kerajaan ditumbangkan dgn pertumpahan darah..walaupun menang, harga yg dibayar mmg mahal..
Amin Baek said…
sori mencelah lagi..merujuk pada komentar berkenaan,npe compare BERSIH dgn konsert?(bukan yau)

btol tu Yau.Boleh bukk blog2 hangat menceritakan perihal ini.Lihat semgat mereka,lihat apa content pbincangan dorang.Nak berlangsung,teruskanlah.Berdemolah puas2 hingga tercapai tujuan itu sume.Tapi harapnya,tiada harga yang lebih mahal terpaksa dibayar.

Akan ada satu event lain dianjurkan nant on 9th July,tapi terpaksa ditunda untuk memberi laluan kepada BERSIH dan dikhuatiri keselamatan para peserta.Ini merupakan arahan JAKIM.

Aku sendiri ternanti2kan BERSIH ini.Tapi bukn utk memeriahkan,tapi untuk menilai.

Semoga semua selamat2 shj.
hadio said…
alangkah baiknya jika Bersih 2.0 ni dipimpin oleh orang yang lebih berkredibiliti.

alangkah baiknya jika 8 tuntutan itu difahami terlebih dahulu.

alangkah baiknya jika bersikap terbuka demi kebaikan bersama.

alangkah baiknya jika tiada provokasi dan fakta-fakta tidak berkaitan.
Anonymous said…
Salam. bleh tak kita sama2 research kenyataan ini tentang bersih yang disupport oleh yahudi & amerika.

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2011/06/bershit-yahudi-mengatur-bidak.html

btw, aku xsuke bahasa yg digunakan dalam blog kat atas. tapi skadar utk bacaan & perkongsian je.

bleh jugak refer
http://en.wikipedia.org/wiki/National_Democratic_Institute_for_International_Affairs
http://www.ned.org/where-we-work/asia/malaysia

AKU RASE AKU MENOLAK BERSIH BUKAN KERANA MATLAMATNYA, TETAPI AKU MENOLAK BERSIH KERANA ADA TANGAN2 SEBALIK BERSIH iaitu Amerika yg dikawal oleh yahudi!
Hazwan said…
@amin ~ aku xnk penantian ini berakhir dgn peristiwa hitam..

@hadio ~ apabila masing2 terlalu ego, enggan mengalah untuk memahami,politik mula berkuasa, tipu-menipu dah jadi amalan...akhirnya keamanan negara yg pasti mnjadi taruhan..

anon ~ tq
Anonymous said…
tak payah nak semakan kepala.. dah nama perhimpunan haram tak payah join. bila join ekonomi down.. korang marah kerajaan jugak harga naik. padal yang join tu tak sedar apa yg dia orang buat.
Hazwan said…
pendapat masing2, aku terima..btol jgk ckp ko..
zool said…
masing2 ada pendapat sendiri. aku tak tau nak komen sgt.. apapun sendiri mau ingat la kan? jgn sampai negara jahanam sebab pertelingkahan sesama sendiri
Hazwan said…
betol..pendapat yg mnyokong dan mmbantah BERSIH boleh diterima..alhamdulillah, dah tamat td =)
Anonymous said…
salam..
pada pandangan saya, BERSIH cuma mainan politik jer.

cuba kaji tuntutan mereka ni dari yg mula2 pada tahun 2007 (if x salah).
sekali jer pernah submit memorandum (2007), dan demonstrasi 2011 ni atas alasan yg dulu x dihiraukan.
(macam dah berkali2 hantar jer)

dan dari 18 tuntutan(if x salah) turun jd 8 jer. kenapa??
sebab byk tuntutan mereka ni x berkaitan pun.. antaranya
1. hentikan politik kotor??
2. hentikan rasuah??
3. kukuhkan institusi awam??
ini kerja SPR ker??

Popular Posts