UTP Sepi


Sepi. Sejak hari Rabu lagi, pelajar UTP mula berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing sempena cuti pertengahan semester. Keadaan mula sunyi., kafe mula lengang, wajah-wajah melayu pun susah nak jumpa. Tasik UTP yang biasanya di penuhi manusia untuk beriadah juga kelihatan sunyi. Sampai BABI pun berani nak berjogging di situ. Betul, ini bukan tipu tapi serius!
Kat luar pulak jalan pun macam tak sesak sangat. Kalau sesak pun sebab ada roadblock polis. Pelik, BERSIH kat KL tapi roadblock nya sampai ke Perak. Kalau kat Terengganu pun ada roadblock tak tau nak cakap apa. Kat Sabilah pun tak ramai orang. Sebab tu bila order laju je makanan sampai. Dah la kuantiti makanan yang di bagi lebih banyak daripada biasa.
Haihh, Pojie pulak datang. Hilang idea aku. Cisss!
***
Sambung balik. Orang tanya, kenapa aku tak balik rumah. Tak rindu mak abah ke? Haih, mesti la jawapan dia rindu. Rindu nak usik adik-beradik, sepupu yang dua orang tu, rindu nak jumpa nenek, rindu nak dengar suara ayam berkokok, dan segalanya lah yang ada kat rumah tu. Tapi aku rasa terlalu banyak kerja yang perlu aku selesaikan dalam cuti pendek empat hari ni. Sebab tu aku ambil keputusan untuk tidak balik cuti pertengahan semester ni; iaitu kali pertama dalam sejarah hidup sebagai pelajar UTP. Lagi pun aku dah kurang bernafsu nak jalan jauh-jauh >_<

Comments

"Haihh, Pojie pulak datang. Hilang idea aku. Cisss!"

Ini best bro! Miahaha~
Athirah Ahmad said…
laa. tak balik jugak rupanya. :)
Unknown said…
Tak balik tapi g bderak kafe, tasik n sabilah..Orang sakit duk diam2 dalam bilik doh r Yau, wat FYP tuh.. hehe.. :P
Hazwan said…
@nifi ~ tiba2 je dtg time aku menulis..kacau betol huhu

@athirah ahmad ~ yela..huhu..sob3

@wan pai ~ projek video siap doh..fyp x gerok lg hehe

Popular Posts