Jerebu Melanda Perak



Jerebu kembali lagi melanda Malaysia. Berdasarkan maklumat yang google jap tadi, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan di Perak telah diisytiharkan sebagai tidak sihat dan ada juga yang masih berada dalam kategori sederhana. Tapi untuk UTP aku tak pasti berada di dalam kategori mana. Jerebu ini berpunca daripada pembakaran terbuka yang berlaku di Sumatera Indonesia.
Sebagai rujukan, bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Kalau tak silap aku, ini adalah pengalaman pertama aku berhadapan dengan situasi jerebu di Perak. Jika di Terengganu, rasanya tak pernah lagi dilanda jerebu. Mungkin ini disebabkan faktor geografi di mana kedudukannya jauh daripada Sumatera.
Maka diumumkan bahawa, bermulah hari-hari yang dipenuhi dengan sesi batuk beramai-ramai. Tekak aku sekarang dah rasa lain macam. Kadang-kadang rasa nak garu je kawasan kat dalam paru-paru aku ni. Hidung pun asyik tersumbat.
Waktu sekarang menunjukkan 11.24 pagi tapi langit masih gelap. Tak pasti nak hujan ke atau terlalu banyak asap kat atas sana. Di sini aku nak bagi sedikit tips untuk menghadapi jerebu ni; banyakkan minum air suam dan kurangkan aktiviti di luar. Pakai  mask pun  lagi bagus rasanya. Kalau teringin sangat nak main bola tu, main je PES. Dan yang terakhir, jangan jadikan alasan tak nampak jalan sebagai alasan untuk ponteng kelas. OK bai~

Comments

--PopCorn-- said…
same la kat KL..
sakit tekok ambe, selseme doh..
tmboh ngan batuk..
lari balik ganu la gini.. hahaha
Amin Baek said…
aku rasa time jerebu2 ni la ak makin aktif..

futsal setiap hari,swimming lg..

pdan batuk tak baek2 lg.haha
FadhDeela said…
kat KL dah teruk!!! huhuhu kuar mkn td terus selsema..waduh2
penaberkala said…
malas nk gi kelas sebab tak nampak jalan

kena kasik cuti ni,haha
Hazwan said…
kat KL mcm teruk je..utp still ok walaupun dh ramai yg start batuk2..aku x terasa sgt sbb jarang kuar bilik hehehe
hidayah ilmu said…
aku kat perak ni perasaan jerebu minggu lepas lg. tp aku heran apesal jerebu.smalam msuk brita bru ku tau ada kebakaran kt sumatera rupenye..
Hazwan said…
haha..aku xperasan lgsung..ingatkan mendung hehe
Anonymous said…
Dekat Ipoh,Bunton sangat jerebuk dan bau bakar. Tak boleh tengok gunung dari buntong roundboard

Popular Posts