Analisis: Malaysia XI vs Liverpool



Tanah Tumpah Darahku
  • Aku rasa Liverpool tak patut dapat penalti tadi. Jadi, gol yang ni aku tak nak kira.
  • Gol Safiq Rahim memang cantik. Freekick kedua juga nampak tajam tapi sayang tak gol. Bermain secara tenang dan pandai mengawal bola. Dia memang layak untuk mengemudi jentera tengah pasukan Harimau Malaya.
  • Aku menyampah dengar Amar Rohidan. Passing kuat nak mampus. Baik masukkan Shakir Shaari dari awal. Gurusamy pun tak berapa nak jalan. Keseluruhannya, jentera tengah agak baik berbanding ketika menentang Arsenal.
  • Faris Izzaq Ramlan tak patut main!
  • Safee Salee memang berani. Langsung tidak takut dan menghormati pihak lawan. Kelihatan yakin ketika bermain dan berjaya menjaringkan dua gol, membuat beberapa percubaan dan juga membuka peluang buat pemain lain. Aku rasa dia bakal menjadi lagenda Malaysia tak lama lagi.Tabik spring!
  • Kemasukan Amirulhadi menggantikan S. Chanturu di bahagian sayap memang mengubah permainan Malaysia. Amirul kelihatan serasi bersama Safee Sali ketika mengatur serangan. Ashari Shamsudin juga nampak kurang menyerlah, atau pun mungkin aku yang tak nampak dia. Permainan Badrol Bakhtiar boleh dipuji kerana berani membawa bola. Kunalan?
  • Pertahanan selalu tidur. Macam kurang fokus ketika bermain. Nasib baik Liverpool kurang bersungguh ketika bermain. Aku rasa Rajagopal patut merombak barisan pertahanan. Pertahanan kiri dan kanan sewaktu separuh masa kedua kelihatan goyah berbanding separuh masa pertama. Jadi Mahali dan Asrarudin adalah pilihan terbaik. Persefahaman pertahanan tengah juga agak kurang terutama separuh masa kedua. Malaysia sangat memerlukan khidmat Aidil.
  • Ismail Faruqi tu kecik sangat la. Kesian plak bila tengok dia kena kepung. Tapi dia nampak tenang ketika mengawal permainan. Tak sia-sia Malaysia hantar dia main kat oversea time dia kecik. Tapi sayang badan tak besar-besar.
  • Kegoyahan pertahanan Malaysia di separuh masa kedua mungkin disebabkan bermain pada waktu Maghrib. Mesti diorang terbayang-bayang ketika zaman kecik, dirotan atau dikurung di luar rumah kerana balik lambat selepas bermain bola. Mungkin sebab itu diorang kurang fokus termasuklah Apek yang asyik melompat-lompat.
  • Apek perlu berehat untuk melupakan mimpi ngeri sebentar tadi. Dah sampai masa Sharbinee menjadi penjaga gawang nombor satu Malaysia.
  • Kelakar tengok penyokong Liverpool terjerit-jerit ketika Malaysia menjaringkan gol. Mungkinkah diorang ni mengalami krisis identity atau pun… BACA SINI
  • Boooo Pojieeee Booooo

 Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak tulis panjang-panjang.


[UPDATE]

Walaupun di BOOOO dengan teruk oleh penyokong Liverpool, namun mamat tu dapat jugak perhatian dari Rooney. Rujuk post ini

[VIDEO] Nasib Penyokong Yang Memakai Baju Man United di Liverpool Asia Tour 2011

Comments

Unknown said…
gol safe sali yg kedua ofside kn?
Amin Baek said…
Amirulhadi ngan Safee masuk,memang terbaik a..sedap gle tgk pastu,nak2 masa da 4-3..

Aku frust gle ngan bek terutama yang kiri,Azmi Muslim if xsilap..aaaaaaa.cm malas nk kejar bola,n salu out of position..

Gol first and third Malaysia memang nice.

Asra + Mahali still the best in Malaysia..Fadhli pun nampak lain macam.Apek cam tkot2 je nak kuar..Sharbinee nampak semakin konpiden..nice..

Tapi aku frust ngan penyokong a..gle merah,da jadi macam anfield..siap nyanyi2 lagu lagi..aaa


BOO POJIEEEE BOOO..

Da leh kot if Daglish nk ambk Safiq Rahim,ganti Gerard..hahaa
Hazwan said…
@shidi shah ~ nampak mcm offside..n mmg offside kot hehe

@aminbaek ~ yup..azmi muslim mmg tidor..time lwn arsenal pun dia tido..cess..pasal baju tu, kn main kat anfield keh3...
Encik JI said…
sfiq rahim bleh jd hrapan freekick. mmg trbaiklah kapten.
Hazwan said…
yup..dulu freekick agak berterabur...sekarang makin mengancam!
penaberkala said…
safiq rahim - pakar free kick
safee sali - memang hero bola sepak malaysia, lagend!
mahali - kental dan kukuh
sharbinee - patut jadi keeper utama time menentang singapore nnt
khairul fahmi - kasik can untuk berehat dan tenangkan fikiran jap,haha

sebab utama Malaysia ketinggalan balik tadi dari 3-4 jadi 3-6 sebab masa injury time +4 minit tu apek duk pikir malam ni nisfu syaaban. Sempat tak aku nk baca yasin :)

apepun, best msia main tadi
boleh makan ngan singapore nnt, insyaAllah
Hazwan said…
insyaallah, harimau akan baham singa~hehe
FaKArePa!n said…
prestasi apek semakin merudum ataupun dia gentar lawan team BPL ??

Jom baca kisah hati
Kalau Nak Beg Engkau Selamat, Bak Sini RM 10 !!
Hazwan said…
defend kureng...lgpun apek x aktif sgt main td..kurang agresif!
Anonymous said…
gol MAS mmg smart.....tp apasal Apek cm xnk main je...arem...
Hazwan said…
semua org ckp pasal apek haha..entah la..mybe masih rasa sakit kot dgn injured aritu..
Unknown said…
zzzzzzzzzz...zzzzzzzzzzz..zzzzzzz

Popular Posts