Resepi: Jepuk Daripada Roti
Ketika semua orang sedang kalut dengan BERSIH 2.0 di Kuala
Lumpur dan juga di Twitter dan Facebook, hari ini aku mengkalutkan diri di
dapur untuk bereksperimen. Kali ini aku try
buat jepuk bawang atau nama komersialnya cucur bawang, yang dibuat daripada
roti. Yelakan, daripada makan roti dan telur goreng, baik aku try buat jepuk.
Caranya? Senang je. Ambil roti empat keping dan rendam bersama air dalam
mangkuk. Nak guna susu pun boleh je kot. Selepas itu, kacau dengan sudu sampai hancur. Kalau nak ada feel lagi guna je tangan. Tapi pastikan
anda tak korek hidung ketika menguli. Kemudian, masukkan bawang, gula, garam
dan telur. Kalau nak tambah tepung pun takpe. Kemudian, goreng sendiri. Simple
je kan?
Hasilnya, sedap giler kot. Kadang-kadang rasa macam tengah
makan Domino Pizza. Jadi aku ingat lepas ni aku nak bukak bisnes menjual jepuk
bawang daripada roti secara online. Kalau anda semua berminat, boleh la
menghantar mesej di laman facebook sebelah atau di Twitter ataupun di email
yang aku letak tersorok skit kat dalam blog ini. Hantar kat ruangan komen pun
takpe. Ok, semua ayat kat perenggan ni adalah tipu belaka. Haha
Erk, kat kawasan lingkaran gelap tu bukan hangus tapi aku guna effect photoshop. Selamat mencuba!
Comments
bijok ngat mung guna photoshop,haha
air ke?
susu ke?
macam menarik je..last2 hangus :P
rendam dlm air ko gapo?? rendam dlm makuk sajo2 jah ko??tak dop air dlm mangkuk??