Jerebu Melanda Perak
Jerebu
kembali lagi melanda Malaysia. Berdasarkan maklumat yang google jap tadi,
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sesetengah kawasan di Perak telah
diisytiharkan sebagai tidak sihat dan ada juga yang masih berada dalam kategori
sederhana. Tapi untuk UTP aku tak pasti berada di dalam kategori mana. Jerebu ini berpunca daripada pembakaran terbuka yang berlaku di
Sumatera Indonesia.
Sebagai
rujukan, bacaan IPU antara 0-50 adalah baik,
51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300
ke atas (berbahaya).
Kalau tak silap aku, ini adalah pengalaman pertama aku
berhadapan dengan situasi jerebu di Perak. Jika di Terengganu, rasanya tak
pernah lagi dilanda jerebu. Mungkin ini disebabkan faktor geografi di mana
kedudukannya jauh daripada Sumatera.
Maka diumumkan bahawa, bermulah hari-hari yang dipenuhi
dengan sesi batuk beramai-ramai. Tekak aku sekarang dah rasa lain macam. Kadang-kadang
rasa nak garu je kawasan kat dalam paru-paru aku ni. Hidung pun asyik tersumbat.
Waktu sekarang menunjukkan 11.24 pagi tapi langit masih
gelap. Tak pasti nak hujan ke atau terlalu banyak asap kat atas sana. Di sini
aku nak bagi sedikit tips untuk menghadapi jerebu ni; banyakkan minum air suam
dan kurangkan aktiviti di luar. Pakai mask pun lagi bagus rasanya. Kalau teringin
sangat nak main bola tu, main je PES. Dan yang terakhir, jangan jadikan alasan tak nampak jalan sebagai alasan untuk ponteng kelas. OK bai~
Comments
sakit tekok ambe, selseme doh..
tmboh ngan batuk..
lari balik ganu la gini.. hahaha
futsal setiap hari,swimming lg..
pdan batuk tak baek2 lg.haha
kena kasik cuti ni,haha