10 Perkara Merosakkan Otak


Zaman sekarang, fenomena otak rosak semakin merebak. Daripada kisah panglima gemuk yang suka meludah, hinggalah kepada kisah hukuman Khir Toyo yang tak masuk akal. Kenapa mereka-mereka ini jadi macam tu, mungkin perkara dibawah adalah penyebabnya.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Aku tengok student sekarang memang malas nak sarapan pagi. Sebab tu kat kafe sunyi je tiap-tiap pagi. Nasib baik ada member yang nak teman aku makan. Sarapan ni penting.  Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ini pun masalah besar ni. Terutamanya kepada aku sekarang, (dan juga Pojie) Tahukah anda, makan banyak akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Dan juga memberatkan perut >_<

3. Perokok
Ini antara perkara yang paling aku tak suka iaitu merokok. Asap rokok sebenanrnya akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’. Aku rasa ia ada kaitan dengan apa yang aku belajar dalam kelas biologi dulu tapi lupa kerana tak fokus.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. Aku tengok orang Kelantan suka makan manis-manis tapi kenapa hampir semua yang aku kenal adalah bijak-bijak? Adakah budu telah meneutralkan rasa manis ini? 

5. Pencemaran udara
Haa, yang ni pun aku belajar dalam kelas biologi jugak ni tapi dah lupa..Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur
Sebenarnya tidur adalah bagus untuk merehatkan otak. Tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Ini biasanya adalah tabiat orang yang penakut tidur sorang-sorang. Apabila tidur sambil menutup muka dengan selimut, bekalan oksigen akan berkurang dan karbon dioksida akan memenuhi ruang dalam selimut. Jadi otak akan menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Jadi sakit mental pun boleh kot.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Jadi kalau demam, tidur je la.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. Dan aku rasa otak aku makin lembab dalam berimaginasi. Tak macam dulu-dulu >_<

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita. Mengikuti usrah misalnya. Tapi aku dah lama tak pergi hehehehehe.


sumber: mediaserius

Comments

Amin Baek said…
jom kerapkan berfikir yau..haha



aku pun antara yang salu beli bfast..salu kosong je..tp kecewa la ngan kafe kt utp ni..xleh bukak lg awal ke..haha.bt la ala2 dewan makan,6lebih da bukak..senang skit
Irda Z. said…
1) penting2
2) isk sempat lg
3,4,7) ak tak buat ni
8) klw da demam tp byk keje terpaksa la jgk >.<

huuu yg lain no komen :P
Hazwan said…
@amin ~ dah nak masuk study week ni, kena la banyak berfikir haha


@ixy ~ besenya aku lebih utamakan tidur haa
1) kalau hang bagi cadangan sarapan mcm mana yg sesuai lagi best. bukan semua makanan pn bagus dibantai pagi2

2) terlebih makan? hehehehehehehe

3) dalam kes saya la kan doktot, member2 rumah saya semuanya perokok tegar..tinggal saya je jd second hand smoker. guane ni boh?

4) teori budu tu aku suka. jom tangkap 3-4 org awek kelantan utk jadi bahan eksperimen. jgn tanya kenapa mesti awek. kah3

5) pencemaran udara ni mcm sama je dgn point no 3.

6) (7) (8) berkaitan dgn kesihatan dan masa tido..nanti kena review balik nih.

9) Imaginasi yang bukan2 pun merosak otak juge. hahaha

10) jarang berfikir? jd mcm mana nak banyakkan berfikir?



Baru update:

Bila Karipap Boleh Bercakap : Merasuah Topup Free Untuk Jawab Survey
azwa amani said…
yg lain tu insyaAllah ada dah pada diri, cuma no 7 tu...teheeeeeee, memang penakut gelap
Hazwan said…
Jidin
1) bangun pagi2 ken minum air suam dlu..then ko mkn la ape yg ko rasa betol haha

3)aku pun 2nd hand smoker..sbb tu aku rasa aku makin lmbab

4)aku tau knp mesti awek..x perlu gtau kah3

9) atas masing2 la plak utk yg ni hehehhehe

10) join sembang rakyat kah3
Hazwan said…
@amani ~ org tidur tutup kepala ni, mengikut org2 tua dia ni jenis pntingkan diri sket..x amik tau hal org hehe
daisy said…
kalo org yg jenis tidur tutup kaki, cane plak? wakaka
Hazwan said…
bagus la, jin susah nak masuk~
Unknown said…
namaku terabadi dalam post ini..mengapakah?haha

Popular Posts