Ramadhan Pintu Rezeki?
Ramadhan telah lama tiba. Pintu-pintu
syurga pun telah lama dibuka seperti hadis dibawah
" Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan" (HR. Bukhori dan Muslim)
Maka ramailah manusia yang
berebut-rebut mencari peluang untuk mendapatkan pahala semaksimum mungkin pada
bulan yang penuh barakah ini. Tapi bukan semua lah. Masih ramai yang masih leka
takala manusia lain sedang beribadat dengan bersungguh-sungguh. Misalnya,
menonton EPL pada waktu terawih, atau menyiapkan pelbagai assignment dan projek
pada waktu orang lain sedang bertahajud. Dan aku juga salah seorang daripada
mereka. So sad.
Selain pintu syurga, pintu rezeki
juga terbuka luas. Bagi sesetengah orang, mereka lebih nampak pintu rezeki
berbanding pintu syurga. Yela kan, pintu rezeki itu boleh diumpamakan sebagai
duit dan kemewahan, mesti la boleh nampak. Pintu syurga memang tak nampak sebab
itu perkara ghaib. Hanya mereka yang kuat imannya saja yang akan berusaha
mendapatkan pintu syurga.
Bila bercakap pasal pintu rezeki ni,
mesti ramai yang akan terfikirkan tentang Bazar Ramadhan yang lebih dikenali
sebagai pusat pengumpulan juadah-juadah lazat untuk waktu berbuka. Pada bulan
ini, yang bukan peniaga pun akan mula berniaga, yang tak pandai masak pun mula
menjadi tukang masak, yang kurang pandai buat air pun dah pandai jual air, yang
tak pernah buat kuih pun dah pandai jual kuih. Pendek kata, semua orang
berebut-rebut untuk menjadi peniaga pada bulan puasa ni. Nak dapat duit lebih la
katakan.
Perut sudah sakit, so aku straight to
the point. Dah dua kali aku kecewa dengan nasi kerabu yang dijual di bazaar ramadhan
Seri Iskandar. Rasanya agak tak sedap. Jadi,
kepada peniaga di luar sana, kalau hendak berniaga, berniagalah dengan ikhlas,
berniagalah dengan niat agar pembeli makanan anda dapat merasai nikmat berbuka
puasa dengan juadah yang anda sediakan. Jangan sekadar berniaga semata-mata
hendak mencari untuk duit sahaja dengan mengabaikan aspek kesedapan makanan
yang anda jual.
Tak sedap takpe lagi, jangan jadi
macam kes budak yang meninggal selepas berbuka puasa akibat keracunan makanan. Tu
dah dikira menganiaya tau. Jaga kualiti
makanan yek! FYI, arwah yang meninggal tu adalah anak saudara kosmet aku.
Takziah.
Arghh, banyak lagi nak cerita ni. Off to jamban. Bye!
Comments
nasib baik jamban free kat sini
klu kena caj? hahaha
2 kali baru gi bazar seri iskandar
mahal supo bedil, baik buat sendiri
@Najwa Sofwani ~ xtau..krm kat hosmet je hehe
@Fatin ~ ni tgh sakit perut lg ni >_<
cuma air je
tu pun kirim orang..haha
bersyukur tahun ni dapat puasa penuh kat rumah, hari2 ibu masak.. beli sekali dua je.. :D
tpi bila mkn pe yg dibeli tu rasa serik lak nak beli lagi untok esok...kene cari yg betol2 meniaga lps ni...huhu...
http://mamaleesyas.blogspot.com/