Pertama kali melihat kulit buku ini, aku ingat ini adalah buku biasa-biasa saja. Mungkin hanyalah sebuah novel cinta. Namun, setelah aku membaca helai demi helai aku menjadi semakin tertarik dengan buku ini. Novel bertajuk Maria ini merupakan satu kisah benar yang berlaku sekitar tahun 30 an di Jerman.
Novel ini berkisahkan tentang Maria, seorang gadis Jerman bermazhab Katolik yang mengharungi liku-liku hidup sebagai anak kepada ibu yang fanatik pada mazhab itu, sedangkan ayahnya seorang ateis yang sangat bencikan Islam. Namun, pertemuannya dengan pemuda Mesir beragama Islam, Abdul Wahab telah mengubah segalanya.
Maria yang sebelum ini sangat kental mempertahankan agamanya iaitu Kristian Katholik akhirnya tewas dalam perdebatan dengan Abdul Wahab yang tinggi ilmu agamanya tentang Islam. Akhirnya Abdul Wahab memilih Maria sebagai isterinya. Tapi ada dugaan yang menimpa. Yang tu, and baca sendiri hehe.
Antara bahagian paling menarik dalam novel ini adalah ketika Abdul Wahab berdebat dengan Father Marshall dan juga Maria tentang Islam dan Kristian. Akhirnya, kedua-duanya memeluk Islam. Aku kagum dengan cara Abdul Wahab berdebat. Novel yang berlatarkan zaman kejatuhan empayar Uthmaniah ini juga membongkarkan propaganda barat yang cuba memesongkan akidah umat Islam di Turki dan juga Kristian yang kejayaannya dapat kita lihat sampai ke hari ini.,
Novel ini juga membentangkan senario umat Islam yang terlalu ghairah membanggakan cara hidup barat yang kononnya bertamadun sehingga lemas dan hanyut jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Seperti yang kita dapat lihat sekarang, ramai yang meminggirkan agama dalam kehidupan, ulama dikatakan kolot, wanita berlumba-lumba untuk bertelanjang, artis diagung-agungkan, penzinaan merupakan perkara biasa serta sebagainya.
Novel ini ditulis oleh Emine atau Aminah Uzqan Syenlikoghu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Apa yang menarik pada penulis wanita ini adalah beliau pernah dipenjarakan beberapa kali kerana karya-karyanya.
Konklusinya, anda patut baca buku ini. Terima kasih kepada Matyo kerana sudi meminjamkan buku ini kepada aku =D