Ramadhan Pintu Rezeki?



Ramadhan telah lama tiba. Pintu-pintu syurga pun telah lama dibuka seperti hadis dibawah
" Jika datang bulan Ramadhan, maka dibukalah pintu-pintu surga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu para syaitan" (HR. Bukhori dan Muslim)
Maka ramailah manusia yang berebut-rebut mencari peluang untuk mendapatkan pahala semaksimum mungkin pada bulan yang penuh barakah ini. Tapi bukan semua lah. Masih ramai yang masih leka takala manusia lain sedang beribadat dengan bersungguh-sungguh. Misalnya, menonton EPL pada waktu terawih, atau menyiapkan pelbagai assignment dan projek pada waktu orang lain sedang bertahajud. Dan aku juga salah seorang daripada mereka. So sad.
Selain pintu syurga, pintu rezeki juga terbuka luas. Bagi sesetengah orang, mereka lebih nampak pintu rezeki berbanding pintu syurga. Yela kan, pintu rezeki itu boleh diumpamakan sebagai duit dan kemewahan, mesti la boleh nampak. Pintu syurga memang tak nampak sebab itu perkara ghaib. Hanya mereka yang kuat imannya saja yang akan berusaha mendapatkan pintu syurga.
Bila bercakap pasal pintu rezeki ni, mesti ramai yang akan terfikirkan tentang Bazar Ramadhan yang lebih dikenali sebagai pusat pengumpulan juadah-juadah lazat untuk waktu berbuka. Pada bulan ini, yang bukan peniaga pun akan mula berniaga, yang tak pandai masak pun mula menjadi tukang masak, yang kurang pandai buat air pun dah pandai jual air, yang tak pernah buat kuih pun dah pandai jual kuih. Pendek kata, semua orang berebut-rebut untuk menjadi peniaga pada bulan puasa ni. Nak dapat duit lebih la katakan.
Perut sudah sakit, so aku straight to the point. Dah dua kali aku kecewa dengan nasi kerabu yang dijual di bazaar ramadhan Seri Iskandar. Rasanya agak tak sedap.  Jadi, kepada peniaga di luar sana, kalau hendak berniaga, berniagalah dengan ikhlas, berniagalah dengan niat agar pembeli makanan anda dapat merasai nikmat berbuka puasa dengan juadah yang anda sediakan. Jangan sekadar berniaga semata-mata hendak mencari untuk duit sahaja dengan mengabaikan aspek kesedapan makanan yang anda jual.
Tak sedap takpe lagi, jangan jadi macam kes budak yang meninggal selepas berbuka puasa akibat keracunan makanan. Tu dah dikira menganiaya tau.  Jaga kualiti makanan yek! FYI, arwah yang meninggal tu adalah anak saudara kosmet aku. Takziah.
Arghh, banyak lagi nak cerita ni. Off to jamban. Bye!


Comments

penaberkala said…
off to jamban
nasib baik jamban free kat sini
klu kena caj? hahaha

2 kali baru gi bazar seri iskandar
mahal supo bedil, baik buat sendiri
Najwa Sofwani said…
nasi kerabu bazar sri iskandar?..beli ns kerabu gerai mno? ak beli hok d'kerabu bleh tahan jgk laa ns kerabu yo
last week satu family food poisoning..gara2 lauk pauk kt bazar..
Hazwan said…
@penaberkala ~ aku pun, 2 kali beli, 2 kali kecewa..haha..mmg mahal pon..mencekik!!!

@Najwa Sofwani ~ xtau..krm kat hosmet je hehe

@Fatin ~ ni tgh sakit perut lg ni >_<
Amin Baek said…
tak pernah bli makann lagi dr bazar..

cuma air je
tu pun kirim orang..haha
Hazwan said…
xpayah la min..air xpe la..kalau makanan aku syor kan jgn beli
Anonymous said…
rilek2 sudah yau
i prefer homemade food..
bersyukur tahun ni dapat puasa penuh kat rumah, hari2 ibu masak.. beli sekali dua je.. :D
Unknown said…
Sedap ke tak sedap yau, rezeki gak tu.Nikmat berbuka bukan tentang makanan sedap, tapi rasa syukur dapat berbuka.. :)
Hazwan said…
yup, mmg perlu bersyukur tp si pnjual juga perlu diingatkan..jgn sekadar melepaskan batuk di tangga..yg jual makanan basi pun ada
beliamuda said…
Banyak kali dah kes macam ni terdengar setiap kali bulan puasa. Tapi alhamdulillah, setakat aku beli makanan dan minuman dari Bazaar Ramadhan Seri Iskandar ni, takde lagi masalah macam mung kena ni.
Hazwan said…
bese la..benda ni terjadi di mana2..nasib mu la tu dpt yg terbaik..aku rasa nasi kerabu kat pasar malam v4 lagi best
APAN said…
betul gak tu...time sebelum berbuka nampak semua yg dijual tu sedap je.mmg x boleh nak salahkan penjual gak, sebab nafsu aku time tu pun meronta-ronta je time gi bazar...

tpi bila mkn pe yg dibeli tu rasa serik lak nak beli lagi untok esok...kene cari yg betol2 meniaga lps ni...huhu...
Hazwan said…
yup..jangan cari peniaga yg berniaga utk untung je huhu
lia said…
izinkan sy copy gambar pasar ramadhan ni di blog saya ye..

http://mamaleesyas.blogspot.com/

Popular Posts