Fenomena Ponteng Puasa


Salam
 "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "( QS Al-Baqarah :183 ).


Siang tadi aku melihat satu perbuatan yang tidak malu dan biadap yang dilakukan seorang lelaki Islam. Kisahnya bermula selepas selesai saja aku dan seorang lagi rakan melakukan solat Dhuha di surau lebih kurang pukul 10 pagi.(lokasi surau dirahsiakan)


Sebaik saja aku keluar, aku dan rakan aku terpandang seorang lelaki baru saja membeli air tin dari sebuah mesin tin minuman berhampiran surau tadi. Aku sedikit terkejut dengan perbuatan lelaki tersebut. Dah la kawan-kawan dia ramai kat situ, dengan selamber je dia bukak sambil diiringi gelak-ketawa kawan-kawannya. bengong!!


Tak faham betul aku dengan orang zaman sekarang. Dah la tak puasa, boleh pulak dia beli depan air tin depan aku. Sama jugak semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Aku sempat mengintai-intai ke arah ke kedai mamak yang masih bukak. Memang jelas seorang manusia yang berwajah Melayu, yang aku yakin adalah Islam sedang membeli Nasi Kandar yang dibungkus lalu diletakkan di dalam raga motorsikal.


Tu apa yang aku nampak. Tak kira lagi kat tempat yang lain. Haih,ape nak jadi dengan orang zaman sekarang. Raya nak, puasa malas. Macam budak-budak

Comments

pensel kayu said…
respek sama kedai mamak Restoran Taqwa,siang tutup..semoga Allah limpahkan rezeki yg byk kt depa
pensel kayu said…
respek sama kedai mamak Restoran Taqwa,siang tutup..semoga Allah limpahkan rezeki yg byk kt depa
Amin Baek said…
sian kt orang orang yg tak bpose...
cik plankton said…
macam hari jumaat..rmai tak pg solat jumaat,duk kat shoping complex
♡daisy♡ said…
tingat tem p tusyen bulan posa dulu..ada kedai nsik kandar bukak pintu kedai sparuh je..macam x berniaga je,tp org lelaki terutamanya asyik ulang alik masuk kedai tu..kuar kedai letak makanan dlm raga moto..kat masjid putih lak,ade org buke pose berjemaah,tp tem solat magrib, x solat berjemaah plk..pelik3
Hazwan said…
org sekarang dh x malu..
kedai pon same.nk untung cepat..

tp nasib baik ada yg masih takut dgn hukuman Allah (^_^)
Faris said…
nok wat gane, base benok sgt kecik2 lu mkg semut.. haha

p/s: tak sama dosa yang trsembunyi dgn dosa yg digembar-gemburkan...
Hazwan said…
x same ek??ouuh..baru kutahu..

Popular Posts