Salam
Berakhir sudah weekend kali ni. Selepas 21 tahun hidup di dunia ini, akhirnya buat pertama kali aku menjejakkan kaki ke negeri Perlis.  Pada mulanya nak jalan-jalan ke Kedah je tapi akhirnya sampai ke Perlis.
Kali ni aku ke sana bersama Faiz, Alif dan Anuar.  Kitorang bergerak ke sana dalam pukul 8 pagi dengan  menaiki kereta Faiz. Sampai di sana, kitorang singgah di gerai buah berhampiran Alor Setar Mall untuk berjumpa bro Azhar. Bro Azhar ni kawan fotografi Alif, dan sangat pandai dalam fotografi ni. Dia datang membawa sebuah kamera klasik, Ricohflex. Perghh, kagum aku sekejap dengan kamera ni.

~klasik giler kamera filem ni~

Selepas sembang-sembang sekejap, kami semua singgah sekejap di Kuala Kedah. Kat situ ada sebuah perkampungan nelayan. Alif, Faiz dan Bro Azhar sibuk mengambil gambar manakala aku dan Anuar duduk diam-diam je. Nak keluarkan kamera hanset rasa segan plak bila tengok diorang memegang kamera mahal.hehe
Selepas tu  kami bergerak ke Padang Besar, Perlis. Sampai di sana, tiba lah giliran aku dan Anuar. Kitorang berdua mula start shopping raya manakala Alif dan Bro Azhar masih khayal dengan dunia fotografi diorang. Faiz plak tidur di dalam kereta kerana keletihan, sedap jugak shoping kat sini. Lebih kurang macam kat Rantau Panjang la harga barang kat sini. Maka, berjayalah aku melengkapkan satu persalinan untuk Aidilfitri nanti.

~Padang Besaq~

Lebih kurang pukul 4, kami bertolak pulang ke Kedah dan singgah sekejap di Gunung Keriang.  Gunung ni memang cantik dan kat situ ada rumah-rumah ltradisional Melayu tapi macam dah lama ditinggalkan. Menurut mitos, gunung ini asalnya sebuah kapal yang disumpah menjadi batu oleh Sang Gedembai kerana hajatnya untuk mengahwini puteri yang berada di dalam kapal itu tidak dipenuhi . Ala, mitos je pun.
~gunung keriang~

Selepas menghantar Bro Azhar pulan, kitorang meluncur ke rumah Muzek untuk berbuka puasa. Time berbuka memang terkejut la, banyak giler lauk yang disediakan. Walaupun malu, aku gagahkan diri untuk makan. Yela, takut membazir pulak kalau tak habis hehhe. Selepas tu, Muzek mempelawa kitorang tidur di rumahnya. Apa lagi, kitorang pun setuju je lah.
Malam tu kami sempat ke Jitra dengan alasan nak beli air 100 Plus. Sampai di sana, rupa-rupanya ada  pasar malam kat situ. Kedai Char Kue Tiaw pun banyak. Sekali lagi Muzek  belanja kami makan kat kedai Char Kue Tiaw Gani. Buat pertama kali, akhirnya aku tahu kenapa orang cakap char kue tiaw ni sedap. Sebelum ni aku makan rasa biasa je. Tapi kat sini betul-betul sedap..nyum2

Thanx kepada semua untuk trip kali ni. Kepada Muzek dan keluarga, terima kasih untuk juadah berbuka puasa dan juga menyediakan tempat bermalam. Sekarang, baru aku faham kenapa orang panggil Kedah dengan Negeri Jelapang Padi. Bye!

p/s:sakit gigi Y_Y