Post Mortem Oreo



Salam

Masihkah anda teringat kata-kata terakhir Kapten Kerepek 6 bulan yang lalu dalm post bertajuk Laporan Dari Kerepek? Beliau mengatakan “Kerepek akan Kembali”. Kali ni Cheme Premier League (CPL) kembali lagi untuk musim ke dua. Tapi tanpa team Kerepek. Sebabnya, 6 orang pemain Kerepek telah di beli oleh beberapa team lain yg dipercayai ingin menguatkan team mereka. Takpelah, kita teruskan dengan laporan kejohanan.

Kali ni aku telah mendapat tawaran yang kurang lumayan dari team Oreo, juara musim pertama. Tapi aku terima kerana aku ni bukannya mata duitan. Team Oreo kali ni berpakaian serba hijau dengan dibarisi bintang-bintang ternama ChemE Jan07 yang diketuai oleh Azahari, Abu Raihan, Aik, Fahmi, Loh dan aku sendiri sendiri hehe.

~OREO~

Perlawanan pertama, Oreo menentang Pejambubeh. Pejambubeh asalnya merupakan serpihan team Ring Ring Dong yang tak ingin lagi menyertai CPL kerana terlalu malu dengan prestasi mereka pada musin lepas. Tapi hasil usaha Pojie berjaya menyatukan mereka kembali dengan mengimpor dua orang pemain Kerepek iaitu Mus dan Faidhah. Herm, team Pojie je pun, so dengan senang hati Oreo membelasah team ni dengan 2-0. Mungkin diorang asyik pejam mata kot.

~PEJAMBUBEH~

Perlawanan kedua, Oreo melawan Jogantan. Team ini dibarisi pemain-pemain dari Johor, Terengganu dan Kelantan dan juga mengimpor pemain Kerepek iaitu Faris.. Oreo masuk ke court dengan muka yang cool dan sepak mula dilakukan. Entah macam mana silapnya, team yang sebelum ini telah dibelasah dengan dengan teruk telah mendahului Oreo dengan 2 gol. Oreo tersentak lalu bermain dengan serius dan dengan mudah menyamakan kedudukan. Tapi sebagai manusia biasa, Oreo jugak melakukan kesilapan. Dan hasilnya, Amin mencuri bola dari kaki Loh dan terus merembat lembek melepasi keeper Oreo. Aku la tu. Dan tiba-tiba je pengadil terus meniup wisel penamat. Haihh, konspirasi apakah ini?

~JOGANTAN~

Perlawanan ketiga, melawan Chemical Assesment. Chemical Assessment merupakan pasukan V3A sebelum ni tapi telah menukar nama kepada Chemical Assesment mungkin kerana dua sebab. Pertamanya, mungkin ingin melupakan kenangan pahit musim pertama. Ataupun mungkin diorang bajet kuat la tu. Team ni merupakan team yang paling rajin, sanggup training untuk CPL2 selama 4 bulan. Mungkin kerana kesunnguhan diorang, Abu dengan senang hati memberikan mereka 4 biji gol. Mungkin tanda penghargaan untuk diorang yang bertungkus-lumus untuk menjadi juara. Result??Kalah lagi.

~CHEMICAL ASESSMENT~

Perlawanan keempat, melawan Faramel, team yang hampir keseluruhan pemainnya diimport dari luar negara. Perlawanan agak seimbang tapi agak sukar untuk menembusi pintu gol kerana penjaga gol pasukan ini merupakan ex-Kerepek iaitu Hamzah. Tapi team Oreo lagi handal, dan berjaya mendahului dengan satu gol. Perlawanan masih diteruskan dengan rancak. Ketika Oreo sedang ghairah melakukan serangan, tiba-tiba Faramel melakukan counter-attack dan berjaya menjaringkan gol. Dan selepas itu juga pengadil terus meniup wisel penamat. Haihh, ada konspirasi kah??

~FARAMEL~

Perlawanan kelima, melawan The Nerds. Team ni bermain taktik kotor untuk menang. Pertamanya, dengan meletakkan Doc. Nurul Hasan iaitu lecturer Transport Phenomena sebagai striker. Ini mebuatkan pemain Orea berasa serba salah untuk menang. Kalau menang, kitorang khuatir markah untuk TP akan dikurangkan. Kehadiran ex-striker kerepek, Mamat juga merumitkan keadaan. Dan konspirasi terbesar sebelum perlawanan ingin aku bongkarkan disini. Hafiz, goalkeeper The Nerds telah berjumpa dengan aku dan Abu untuk mentukan result perlawanan. Beliau berharap Oreo meberikan belas kasihan kepada The Nerds supaya perlawanan ini berkesudahan seri dan sekaligus dapat menjatuhkan Jogantan ditempat paling bawah. Demi menjaga hati Dr. Nurul, Oreo bersetuju. Tapi betul kata orang tua, jangan percaya dengan tipu helah musuh. Tapi Oreo terpedaya, The Nerds telah mengambil kesempatan ke atas kebaikan kami dengan menjaringkan lima gol. Apa nak buat, semuanya telah terlambat. Oreo termakan janji-janji palsu The Nerds. Takpe, kami terima kekalahan ini.

~THE NERDS~

Jad, ingin aku simpulkan disini kekalahan Oreo kali ini adalah disebabkan beberapa faktor luaran. Pertamanya, tindakan pengadil yang cepat-cepat menghentikan perlawanan apabila pihak lawan Oreo berjaya menjaringkan gol. Kedua, Oreo terharu dengan kesungguhan pasukan Chemical Assesment untuk menang. Ketiga, terlalu kasihan dengan Jogantan selepas melihat mereka dibelasah sebelum itu. Dan last sekali, Oreo kalah dengan taktik kotor The Nerds. ishh

Jadi, dengan ini aku mengisytiharkan bahawa Oreo adalah juara sebenar CPL musim ke dua. Yeahh!!!

Thanx to organizer, Zaki dan juga Din serta kepada ChemE girl yang tolong menyediakan air. Tak lupa juga kepada wakil media, Nipi yang bertungkus lumus mengambil gambar dan mengangkat air serta yang paling utama kepada Dr. Nurul Hasan yang sanggup mencemar duli untuk turun bermain bersama-sama pada CPL kali ni. Ni result perlawanan semalam:

RESULT

  • Chemical Asessment
  • Faramel
  • The Nerds
  • Pejambubeh
  • Jogantan
  • Oreo

BEST PLAYER- DR. NURUL HASAN

GOLDEN BOOT- NASH

To Oreo, sila ubah mentaliti anda. Sila jangan terlalu kasihan kat team lain dan jangan terpedaya dengan janji-janji palsu pihak lawan. Yang paling utama, jangan memberikan kemenangan percuma kepada diorang. Tengok, tak pasal-pasal kita kena kutuk atas kebaikan kita. Takpe, Oreo akan kembali lagi musim depan dengan taktik yang lebih kejam. Jaga-jaga la korang semua!!


Comments

Amin Baek said…
hahhaha..
post nk tnjuk oreo team pling suci a??
haahah..
bila masa chemical assessmnt training 4bulan?hehe

papepun,yang aku nampk,oreo sudah kene celup..haha
MuhaMmaD said…
yau, team kerepek perlu ditubuhkan kembali tahun hadapan..
nmpak semua AHLI EX-KEREPEK mengancam.
Yau sorang jek xperform..
yg laen semua perform..
hahaha..
JOM KEREPEK!!
penaberkala said…
adakah kerepek akan kembali dlm CPL 2011?

byk sungguh konspirasi orea,ades
orea kena celup sungguh kalih

pakatan the nerds ngan oreo utk jatuhkan jogantan hok ak tak dpt trima skali,haha

yau,nk mitok link entri ni dlm blog ak nnt,hak3
Abu Raihan said…
yau mu silap tuh tmpt standing. team JOhor GANu kelanTAN nombor last.
oopppsss nmpaknya byk alasan di ruang huraian the nerdsss haha :P
Hazwan said…
amin~kitorang suci kot..hoho..lpas trcelup pasti akan bangkit kembali..

mamat~aku perform kot.tp x sehebat mu la..haha

nuar~ha,itu masih rahsia..tp konspirasi itu mmg wujud.aku yakin..

abu~kite kna trima knyataan bu..T_T

acap~alasan itu benar belaka:P

papoki~diam la mu
::mareney:: said…
aik x dpt GOLDEN BOOT da??ish3..
beliamuda said…
well, nak komen panjang2 pun, pemain2 lain dah buat laporan masing2. Tunggu kenyataan daripada pihak media pulak. :)
Hazwan said…
mareney~aik dah hilang taring..haha

nipi~bereh.aku tnggu laporan yg betul haha
Unknown said…
haha..pg2 tuh mate xbukak lg..baru bgn tdo la katekan..sbb tuh PEJAMBUBEH bg korg mng 2 biji..tp pastu kitorg perform kot..hehe...

cam aik kate, oreo da lembik sbb kene embun pg tuh..oreo kene celup..haha
::mareney:: said…
lor..aik sepak bola guna taring rupanyer selama ney..kui3~

Popular Posts