Salam

Hari ni aku melancong ke Pulau Pinang. Erm, bukan melancong pon sebenarnya tapi ada hal skit. Ni first time aku menjejakkan kaki ke sana.  Tujuannya, nak mencari rumah untuk disewa sepanjang praktikal di AMD nanti. Alhamdulillah, perjalanan aku bersama bakal housemate, Din Saad, Alif dan Muzek dipermudahkan walaupun banyak kali tersesat. Biasa la kan, masing-masing tak kenal jalan, lain la kalau ada GPS kt handphone hehe.

Selepas penat mencari, kami berjaya mendapatkan sebuah rumah flat di Relau. Problemnya, rumah tu kat tingkat 19. Tinggi wooo. Dah la aku ni gayat. Hadoi laa. Nak tengok kat bawah pun tak berani. Tapi cantik la kawasan tu. Sejuk mata memandang. Jiran sebelah plak ada banyak bunga hik3.

Selepas menyetelkan hal rumah, kitorang lepak-lepak jap kat Queensbay Mall sebelum keluar dari Pulau Pinang dengan menaiki feri. Haa, ni pun first time gak naik feri. Sebelum ni naik bot penambang je kat Terengganu. Takde beza sangat pun antara bot penambang dengan feri, cuma saiz je lain.hehe

Perjalanan pergi dan balik agak membosankan. Sebabnya, speaker dalam kereta Din rosak. Terpaksa la aku memerah keringat peti suara ku untuk menghiburkan kawan-kawan dalam kereta. Walaupun suara tak power macam Amy Search, tapi boleh la dijadikan halwa telinga.haha. dalam perjalanan balik, peti suara dah tak larat. Akhirnya Nokia XpressMusic ku dijadikan ubat mengantuk. Maka beralunlah koleksi lagu Iklim dan Saleem dalam kereta proton kaler hitam Din. Layann…

Oh ya, dalam perjalanan ke Penang, aku ternampak sekumpulan angsa didalam pagar rumah sebuah keluarga Cina. Tengok je angsa-angsa tu, aku tersenyum sendirian. Teringat balik kenangan time kecik tapi aku tak ingat umur aku berapa time tu. yang penting, aku dikejar oleh angsa kepunyaan bapakku kerana memakai baju dan seluar kaler hijau. Angsa tu ingat aku ni sayur ke ape. Ishhh. Teringat jugak waktu dulu-dulu selepas main bola, aku kena cari angsa yang bapak aku bela tu balik ke rumah. Angsa tu ada dua ekor. Tak susah pun nak bawak balik, just ajuk bunyi dia dan lawan bunyi angsa dengan angsa-angsa tu Komfem diorang akan balik rumah dan masuk ke dalam kandang. Tapi sayang, dua-dua ekor dah mati dilanggar kereta orang T_T

Wargh, letih giler. Semalam keluar dating ke Ipoh denga Mirol sepanjang hari. Hari ni plak ke Penang. Hadoi, letih laa. Exam tak habis lagi ni, study pun belom. Agak-agak sempat tak nak belajar design plant dalam masa 3 hari?

Zzzz

Chow..