Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu kotak besi. Dia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu hari, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru satu minggu dibuka . Hasil kepakarannya, beliau berjaya membuka kunci kotak besi yang pertama..

Namun dia sedikit hairan kerana di dalam kotak tu tiada duit pun, kecuali cawan-cawan berisikan puding warna susu. Keadaan dalam kotak besi itu agak sejuk. Jadi dia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka kotak besi lainnya. Kerana lapar dia habiskan semua puding di kotak besi pertama.

Kotak besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi dia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Kotak besi itu ada 5 unit semuanya, dan kesemuanya berisi puding, dan dia menghabiskan semua puding dalam kotak besi itu. Selepas itu, dia pulang ke rumah dengan kekenyangan dalam keadaan pelik, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang katanya.

Keesokan paginya dalam keadaan setengah mengantuk dia terbangun kerana suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah tingkap rumahnya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar-besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"


p/s:tengah tertekan study TP =(