Sesungguhnya badan separa montel aku ni masih berasa sedikit lemah selepas 8 jam perjalanan semalam. Walaupun tak memandu, tapi letih jugak duduk memandang kiri-kanan jalan. Nasib baik lagu Senario dari kaset antik Zul dapat menceriakan suasana.

Sekarang aku adalah pelajar tahun akhir semester tiga secara tak rasmi. Tapi kalau secara rasmi, ini adalah semester dua, bukan tiga. Sebab apa? Kau godek-godek lah entri lama. Insyaallah jumpa. Bila melihat senarai subjek, aku dapat agak semester ini adalah semester aku yang paling sibuk berbanding semester lain. Jadi, kalau kau tengok blog ni dah tak berupdate, itu maknanya aku sibuk. Tapi kalau ada update jugak, itu maknanya aku tengah stress.

Dan ini adalah semester terakhir bersama mereka. Jangan tinggal daku woi!

*** 

Sebenarnya aku nak menulis lebih panjang lagi. Tapi kekangan perut yang asyik berbunyi dari tadi membantutkan percambahan idea untuk menulis. Nak ajak rumet pegi makan, dia masih terbongkang atas katil. Nak ajak Mirol, aku nampak dia tengah mengunyah roti tadi. Nak ajak orang lain, macam tak ada harapan jer. Ingin rasanya aku mengajak makwe-makwe UTP yang baru sampai ni untuk bersarapan bersama-sama. Mesti lagi berselera kan? Tapi risau memikirkan gosip-gosip liar yang bakal bertebaran, aku ambil keputusan untuk paw roti Mirol. Jom!!

*** 

Alhamdulillah, dah kenyang sikit. Hm, lama betul aku duk pikir tajuk entry ni tapi tak tahu nak letak apa. Dah tahu nanti baru aku publish.