Mood untuk mengupdate perlawanan kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Jepun tiba-tiba terbantut bila mendapat berita tentang khabar buruk dari UTP. Daripada cerita yang aku dengar, beberapa bilik telah dipecah masuk sepanjang cuti semester yang pendek ni.

Yang paling kesian, seorang kawan yang aku kenal telah kehilangan koleksi kameranya termasuk kamera antik dan juga scanner khusus untuk kamera filem. Sedih jugak, kerana hampir semua barang yang hilang ini dibeli menggunakan duit yang diperolehi semasa berpraktikal dulu. Kawan aku yang lain kehilangan dua biji telefon bimbit dan duit. Dan ada lagi beberapa kes yang terjadi pada orang yang aku tak kenal.

Sebenarnya kes pencuri beraya di bilik student semasa cuti semester bukanlah perkara baru di UTP. Sejak foundation lagi, dah banyak cerita yang aku dengar, daripada kehilangan selipar jepun, kasut bola, laptop sampai la kepada kehilangan motorsikal. Skrip yang sama sentiasa berulang setiap kali cuti semester, raya atau pun waktu exam. Waktu solat Jumaat pun kadang-kadang pernah jugak berlaku.

Yang ni aku tak faham. Buat apa UTP memasang CCTV yang menelan belanja beribu-ribu ringgit tapi habuk pun tak boleh pakai. Tak boleh harap langsung. Dengar citer pakgad pun tak reti nak guna dan ada citer mengatakan CCTV tu hanya hiasan je. Kalau macam tu, baik pihak UTP letak je ‘orang-orang’ yang ada kat sawah padi tu kat setiap blok. Fungsi dia sama je dengan CCTV yang tak leh pakai tu iaitu menakutkan orang. Tu pun kalau orang takut lah.


Pakgad pun aku rasa tak boleh pakai sangat. Tau habiskan beras je. Nak saman orang rajin sangat, sampai tertidur kat library pun dia saman. Pukul 3 pagi pun sempat lagi nak saman kat parking. Tapi nak jaga harta benda pelajar pun tak dapat.

Aku rasa dah sampai masanya management UTP membuat perubahan. Pelajar asing dan tempatan perlu diletakkan di blok berlainan. Jadi bila tiba cuti semester, blok yang diduduki oleh pelajar tempatan perlulah ditutup atau dikunci di setiap tangga dan rumah. Blok juga perlu dikosongkan dengan memaksa pelajar tempatan pulang ke rumah setiap kali cuti. Dengan ini, barang-barang pelajar tempatan lebih selamat dan mungkin tiada lagi tuduhan mendakwa yang kejadian ini didalangi pelajar asing. Taknak asingkan blok, asingkan rumah pun jadi.

***** 


Masuk kepada cerita bola. Woi OKS, kenapa kau masukkan Izzaq Faris Ramlan? Dia tu tau langgar orang je lah. Dah la lembab, nak bawak bola pun macam kereta kebal. Kenapa tak masukkan Hazwan Bakri yang jadi top scorer Malaysia di Slovakia hari tu? Hm, Syukur Jusoh tak mampu menggantikan tempat Gary Steven sebagai jentera tengah. Dia langsung tak ada idea nak gerakkan bola. Fandi Othman pun hampeh. Lebih baik jika masukkan Wan Kechik dan Shahrul Azwari dari awal. Tapi yang penting, Khairul Fahmi adalah yang terbaik. Lebih baik dari keeper Arsenal dan Liverpool.haha. Walau apa pun, pemain Malaysia menunjukkan semangat juang yang tinggi. Good-good!

Perlawanan seterusnya ialah menentang Syria pada 23 Nov dan Bahrain pada 27 Nov. Gudlak Tigers. Aumm!!