Salam
Selepas begitu lama mencari, akhirnya aku terjumpa buku 101 Rekreasi Hati. Kalau tak silap, pertama kali terpandang buku ini adalah ketika menonton rancangan Malaysia Hari Ini di TV3. Lepas itu aku mula tercari-cari tapi masih tak jumpa. Akhirnya pada 4 Syawal yang lalu ketika menemani adik-beradik aku membeli barang dapur di Giant Kuala Terengganu, aku ternampak buku ini di sebuah booth menjual buku-buku agama. Apa lagi, aku pun angkat sebijik.
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya yang berkaitan hadith tersebut.  Kalau anda semua ni pernah menjadi kaki majalah Ujang, anda semua mesti pernah mendengar nama Kartunis Nik kan? Kalau tak takpelah.
Bagi aku buku ni bagus sebab ia sesuai dibaca oleh semua peringkat umur serta gaya penyampaiannya yang santai membuatkan kita tak bosan bila membaca. Kadang-kadang aku tergelak sorang-sorang bila melihat kartun-kartun yang dilukis oleh saudara Nik. Tak la mengantuk sangat. Tapi macam pelik je bila gelak ketika baca hadis haha >_<

  
Apa lagi, angkat la sebijik. Sesuai untuk manusia yang mudah lupa seperti aku hehe