There Are No Perfect Fathers, But...

 

There are no perfect father, but a father will always love perfectly...
Video kat atas ni best. Kalau anda belum tengok, sila tengok. Huh, aku tak pasti iklan ni dari negara mana mana. Tapi mesej yang ada dalam video ni cukup jelas, mudah untuk menusuk hati sesiapa yang menontonnya.

Video ni membuatkan aku teringatkan abah aku kat kampung. Biasanya pada bulan puasa, dia sangat suka minum Air Cikong selain daripada makan Rojak Keling. Air Cikong ni rasanya pelik skit, abah aku sorang je yang suka minum. Adik-beradik aku yang lain tak minum sebab tak sedap. Entah camna, sekarang ni aku rasa nak minum air tu. Arghh

Dari kecik lagi abah aku selalu pesan, jangan berlari dalam rumah. Kalau runtuh, tak tahu nak tinggal kat mana. Sebabnya, rumah aku ni rumah kayu. Kalau berlari, "beringgok" satu rumah. Kang tak pasal-pasal dapat makan 'roti panjang'. Sebab tu aku pelik bila tengok Matyo dan Mat Akim berlari-lari dalam rumah ni. Rasa macam nak larang, padahal takkan runtuh nya kalau berlari dalam rumah batu camni hahahaha

Jap, apa kaitannya video kat atas dengan kisah berlari dalam rumah ni? Tak ada pun sebenarnya.

Comments

khaizarien said…
untung pada siapa yang masih ada abah
dzafira said…
Mengalir air mata tengok video ni.. Sedih sangat... Tak terhitung pengorbanan abah pada kami adik beradik...
tak dinafikan.. mmg sangat touching!

kalau xdapat apa yang suka, sukalah apa yang dapat...
Hazwan said…
thanx for all de komen..tu je bleh ckp hehe
video nie awesome..

ayah sy, kalu bln puasa menu wajib berbuka mesti mertabak..tgk mertabak teringat ayah..hehe..
Anonymous said…
ye ke? x sedih pon
Hazwan said…
hati anda x lembut mcm saya agaknya

Popular Posts