Pulang Beraya
Bulan September Ogos ni aku tak aktif sangat dalam menulis blog. Tak
macam bulan sebelum ni, hampir setiap hari aku update. Giler ke apa. Bukannya ramai
yang baca pun.
Herm, menyesal plak makan banyak sangat waktu berbuka puasa
tadi. Nak menulis pun macam tak pandai. Tadi sebelum bukak puasa, bukan main
lagi idea datang mencurah-curah. Oh ye, sejak beberapa hari lepas aku mengidam
nak makan tom yam kat Sabilah. Dan tanpa disangka, hari ni housemate mengajak
aku untuk berbuka di sana. Thanx Eju sebab ajak aku berbuka di sana =D
Insyaallah, awal pagi esok aku akan bertolak pulang ke
Terengganu bersama Eju dan dua lagi rakan, Ang dan Piang. Trauma jugak nak balik
jauh-jauh ni, tapi takpe. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Mengikut perancangan,
aku akan bertolak sebelum sahur bersama dua tiga bijik kereta lain. Doakan aku
dan kawan-kawan lain yek.
Pada tahun ini, aku akan beraya tiga hari je di Terengganu. Raya
keempat aku dah kena blah awal-awal sebab final exam sedang menunggu. Sebab tu
raya tahun ni macam tak meriah sangat. Baju raya pun tak beli. Maybe raya tahun
ni aku pakai jersi Malaysia je, sebagai menyambut hari kemerdekaan ke… 54 kan? hehe
Kepada kawan-kawan yang bercadang untuk datang ke rumah aku
ni, datang la awal-awal ye. Untuk entry raya, aku tulis kat rumah nanti.
Insyaallah.
Ok, doakan perjalanan aku pagi esok. Semuanya selamat
sejahtera. Bye!
Woo Woo Woo Balik kampong!!!!
Woo Woo Woo Balik kampong!!!!
Woo Woo Woo Balik kampong!!!!
Hati girang!!
p/s: Raya tahun ni ada sesuatu yang kurang =(
Comments
moge selamat sokmo, aminnn
Entri Terkini : Tips berjimat ketika di hari raya #apeponboleh
Entri terdahulu : Shopping Raya yang sakan
kurang ke lebih sebenornye?hehe
hve a safe journey.
kekuarangan itu x dpt diganti smpai bila2...