Pelajar UTP kantoi?

Salam
Hari ni pelajar UTP digemparkan apabila Utusan Malaysia mengeluarkan satu artikel yang bertajuk “Kreativiti Menipu, Tronoh jadi Toronto”. Artikel ini dikeluarkan bagi mengutuk tindakan sekumpulan pelajar UTP yang mengantar gambar mereka ke ruangan Salam Perantauan di Utusan Malaysia dan menyamar sebagai pelajar university dari Toronto.  Jom tengok gambar diorang jap.



Menurut beberapa sumber, pelajar UTP ni secara suka-suka menghantar gambar ke Utusan. Tak sangka pulak gambar mereka akan di publish. Selepas disiarkan, seorang bekas pelajar UTP, Obefiend telah mengeluarkan satu artikel di blog beliau yang bertajuk “Student Universiti Teknologi Petronas PWND Utusan Malaysia”.  Mungkin terasa tercabar dengan artikel ini, seorang pengarang dari Utusan Malaysia, Noraini  Abd Razak telah membuat satu artikel seperti yang disebutkan di atas.


Dalam artikel tersebut, dia menyalahkan pelajar UTP kerana menghantar gambar tersebut kepada pihak Utusan Malaysia. Namun artikel ini dibalas Obefiend yang bertajuk “F.A.O: Noraini Abdul Razak of Utusan Malu-sial". Nak tergelak bila aku baca reply dari Obefiened ni. Makin lama makin aku respek kat brader ni. Aku makin terharu bila terbaca ayat ni:
I just feel I need to come into the defense of my JUNIORS in UTP. They are good kids with first-class brains and most definitely some of the most creative people I ever known. If pranking a national newspaper for their own internal incompetence led to them getting suspended I lose all hope on Malaysia. Can’t you guys take a joke?

Hahahahaha, Obefiend memang terbaik.  Sebelum ni dia pernah prank Raja Petra Kamarudin. Memang legend. To Obefiend, thank you very much kerana masih sayangkan junior-juniormu disini dan juga UTP hahaha. 
Chow

Comments

Fiffy Hazirah said…
wakakakakaka. wakakaka.

ada org cakap kt aku dulu tu dak ipt msia tp x sure. rupanya UTP. cayalahh!!

malu besar utusan malusial kena prank kali ni! wakakaka

malu sebab dorg x cek kesahihan email yg dorg dpt, siap nak blame org lain lak. ape dahhh


tanya sama pokok, apa sebab goyang, nt pokok jawab, angin yg goncanggggg
amirah said…
hehe kesian tul.lau ramai yg sokong dak tu pon tp pihak utp bakal amik tindakan ke atas dia jgk kan?
Amin Baek said…
scara jujurnya,aku melihat isu kali ini lebih byk didorong pada rasa benci pada utusan(pndangan politik)

aku rasa malu sebenarnya sbb klu ko tgk kt paper tu,dia ambk sampi stgh page...

dan obefiend memg cuba mendefend..tp isu yang diketengahkan Utusan ialah Menipu.

Banyak je org wat pasl ni,tp mayb utusan da tgk blog dia.Tu yang nama UTP naek..

tak kesah la sesapa yang berbangga dengan tingkah laku ni..dan pada aku,masih terselit rasa malu..

selepas ini tersebar lah.

BUDAK UTP PENIPU...

hahhaa..nice one..well done UTP..famous lg dan terus famous
Anonymous said…
ahahha..terbaik!!
Sang Gabriel said…
haha...kelaka gak.kalo sumber gambor tu pun xleh detect tol ke x, apatah lagi sumber2 lain..hehe
Unknown said…
hahaa..ada2 je diaorang ni.

ak ingat lg masa kat MRSM KT lu budak2 ni pernah cakap yg kwsn jogging kt belakang tu cam padang rumput afrika, kalo disnap pic di situ anta kt newspaper mesti percaya yg diaorang bergambar kt afrika..hehe.
nik said…
yang sedak dibaca dalam blog obefiend.. ayat yang kata UTUSAN malaysia world class newspaper... lucu dan aneh..
nik said…
yang sedak dibaca dalam blog obefiend.. ayat yang kata UTUSAN malaysia world class newspaper... lucu dan aneh..
Anonymous said…
tapi x elok akn menipu..
lumrah manusia, kalau orang yang kita kenal menipu, kita mesti kata x mengapa, dorg budak2 lagi....
serbu blog encik KP~~~~

penipuan tetap penipuan, hitam adalah hitam dan putih adalah putih. Niat tak menghalalkan cara.

gah betul obefiend ye, dapat prank orang.. Utusan plak, memang tersingkap laa segala aib.. Student UTP? hala, dah nak terkena kat student UTP, nak wat camne.. ramai je mengaku buat menda sama pasal gambar tempatan kat salam perantauan kat blog obefiend..

in war, nobody win. encik obefiend tu mesti 'seorang yang berhati-hati', kan?
Hazwan said…
Fiffy~ bagi aku xperlu kot nk cek satu2 tp x pyh la nk kutuk student UTP cmtu

amirah~dengar2 citer rektor UTP mengamuk(sumber tak rasmi)

amin~masalahnye bnyk lagi org yg buat cmtu..knp nk salahkan student utp je..knp nk busukkan nama UTP dlm suratkhabar..mcm ko ckp la,,separuh page..mmg malu beb

syai~ape yg desperate ni ?? (>_<)

gaban~bese la ramai yg antar..tp jgn salahkn UTP cmtu je

Dayun~ouh..kawasan gersang tu ye??haha

nik~haha..tu mnyindir namenye hehe

syikin~betul..niat tak mghalalkan cara..tapi x setuju r cara dia memalukan nama UTP ni..nampak sangat diorg nk tutup aib dgn mengaibkan org lain
Faris said…
students UTP salah? BETUL.

Tp UTUSAN yg publish benda tu. So, sape yg perlu bertanggungjawab?

Bersangka baik? Itu alasan yg totally tak professional as a corporate entity!

Budak sekolah pun buat, budak universiti lain pun buat tp kenapa UTP yang dipersalahkan sebegitu rupa? At least sbg wartawan yg (kononnya) professional dan mematuhi etika kewartawanan, dia sepatutnya mmberi penjelasan yg lebih produktif dan memberi idea yang bernas. Tp yg jelas di mata kita adalah sebuah kenyataan yang penuh kebencian!

Jadi apa niat UTUSAN sebenarnya? Menjatuhkan kredibiliti UTP sebagaimana mereka menjatuhkan kredibiliti politician pembangkang? Tercabar kerana pembohongan mereka dlm isu-isu lain sdkt sbyk terdedah?
Hazwan said…
btol3...utusan buat artikel mcm bdk2..nk bela diri dgn jatuhkn org lain..huh,,mcm2
Amin Baek said…
yang aku rasa,dorg naikkan UTP sbb blog Obefiend mengulas berkenaan isu di blog tu dan merendah rendahkan UTUSAN..aku rasa la..dan pic2 len xkantoi pun..sbb dorg pn xdpt detect..

sbb most of the content of the article in UTUSAN refer to content of the entry..

n cuba bayangkan jika Obefiend tidak mengulas isu berkenaan dan tidak merendahkan2 UTUSAN dan tidak membangga2 diri stelah berjaya menipu..

aku stuju dgn pendapat,kedua2 pihak bersalah..rasanya kita kene terima blame tersebut dan UTUSAN juga tidak terkecuali..
Isabelle Fahd said…
It's a pure, plain mistake made by UTUSAN. Kalau depa accept that fact kan senang. Kenapa nk kena publish cerita sedemikian? Apa tujuannya? Kalau dia tak publish, org pon taktau yg gambar tu dr student UTP. Benda kecik mcm tu pon nk besarkan. Honestly la, napa student oversea aja yg dpt privilege utk send ucapan bari raya? Kalau dia letak from UTP mesti tak dpt publish kan? Hapa laa... malu aku dengan mentaliti depa ni. Bagi la chance kt budak2 tu. Small matter la.
Pisyek K said…
[...] Namun artikel ini dibalas Obefiend yang bertajuk “F.A.O: Noraini Abdul Razak of Utusan Malu-sial" [...]

Bukan FAO, tapi FOA la..

FREEdoM of ASsociatiON.

keh keh keh

Entri terkini: Unboxing Buffalo MiniStation Lite Portable HDD
Hazwan said…
hahahahah...

dalam beratus2 yang baca..kau sorg je yg perasan hahahaha

Popular Posts