Kecelaruan

Salam..
Kali ni aku nk citer skit pasal politik. Dah lame aku tak sentuh pasal hal politik ni. Sebenarnya aku dh malas nk citer pasal politikl ni. Semakin hari semakin bnyak kekeliruan yg timbul antara pihak kerajaan dan pembangkang walaupun pembangkang dilihat mmpunyai bnyak kelebihan dlm mengeluarkan hujah dlm sesuatu isu. Tp, smlm kita dikejutkan dgn berita DAP Kedah keluar dr Pakatan Rakyat Kedah. Ditambah pula dgn isu pnempatan penuduk di Pulau Pinang. Hm, apa sbnrnya yg telah berlaku??

Td, aku terbaca sesuatu yg mnarik di Utusan Malaysia. Klik sini atau baca kat bawah. Surat ini ditulis oleh seorang pembaca dr Kuala Terengganu yg bertajuk
Nik Aziz semakin melampau hina UMNO

PEMIMPIN UMNO sebenarnya memang kuat sabar. Walaupun Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam satu ceramah di Manek Urai Kelantan menyamakan UMNO dengan ajaran sesat yang sama tarafnya dengan ajaran sesat Ayah Pin, mereka tetap sabar. Pemuda UMNO Kelantan telah membuat laporan polis atas ucapan Nik Aziz itu.

Menyamakan UMNO dengan ajaran sesat dan Ayah Pin adalah suatu penghinaan yang keterlaluan. Dalam sejarah, perbuatan pemimpin Pas menghukum dan menghina UMNO sesuka hati bukanlah baru.

Tahun 1959 muncul seorang ahli Pas dikenali sebagai Tok Guru Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan, mengkafirkan UMNO. Haji Omar adalah Ahli Jawatankuasa Ulama Pas dan Wakil Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar Pasir Mas. Beliau pernah ditahan di bawah ISA kerana perbuatannya itu.

Pada tahun 1963 Dewan Ulama Pas Kelantan telah mengeluarkan fatwa menghukumkan orang Islam yang bekerjasama dengan bukan Islam sebagai kafir. Fatwa tersebut berbunyi: ‘‘Orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.”

Tahun 1978 Dewan Ulama Pas Kelantan dalam perjumpaan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan, selepas Pas keluar daripada Barisan Nasional (BN), membangkitkan semula hukum kafir terhadap UMNO. Dewan Ulama Pas Kelantan itu menuduh UMNO kafir.

Tahun 1979 Tok Guru PAS di Pondok Pasir Tumboh, Kelantan, Haji Mustafa Abu Bakar mengeluarkan fatwa semasa berceramah di sebuah surau di Hulu Besut mengkafirkan ahli UMNO.

Disebut di mahkamah bahawa beliau didapati menuduh “orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional (BN) hukumnya murtad” dan “orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak sah dijadikan imam sembahyang”. Juga ‘‘sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan”; “tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu orang Barisan Nasional” dan “kalau tidak bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang Pas yang satu Barisan Nasional nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”

Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang juga pernah dalam fatwanya tahun 1982 menghukum kafir kepada orang UMNO iaitu apa yang disebut sebagai ‘Amanat Hadi’. Semua orang telah maklum dan tidak perlu dijelaskan lanjut mengenai amanat dan hukum yang dibuat oleh Hadi itu.

Nik Aziz bukan sahaja suka membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang UMNO bahkan beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan melampau terhadap agama Islam Yang Maha Suci, seperti Tuhan juga samseng, Tuhan mencarut, sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk kemenangan dan sebagainya.

Namun kata-katanya yang cukup menyinggung perasaan umat Islam itu tenggelam begitu sahaja dimamah zaman, walaupun ia cukup melampaui batasan ajaran Islam.

Semasa ajaran Ayah Pin berada di peringkat yang cukup kritikal, Pas yang menjadi kerajaan di Terengganu tidak mengambil tindakan tegas untuk menghapuskan ajaran sesat itu. Pelbagai binaan wujud di perkampungan Ayah Pin di Hulu Besut.

Apabila Barisan Nasional mengambil alih semula Kerajaan Terengganu barulah ‘cerek gergasi’, ‘perahu Nabi Nuh’, ‘payung kuning’ dan sebagainya yang dibina sekitar tahun 2001 hingga 2003 (di zaman pemerintahan Pas) telah dirobohkan oleh Kerajaan BN-UMNO Terengganu.

Lantaran itu wajarkah UMNO disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin dan Pas ajaran yang betul dan tiada cacat celanya.

Sesungguhnya Nik Aziz semakin melampau apabila merasakan tiada siapa boleh mengambil tindakan ke atasnya.


Kuala Terengganu">


Aku sebenarnya kurang pasti apa yg tertulis di atas krn aku belum lahir waktu. Adakah benar ape tertulis kat atas tu, aku kurang pasti krn aku ketiadaan sumber utk dirujuk. Kpd sesiapa yg dpt mnjelaskan perkara ini kpd aku, dipersilakan. Mungkin dpt menyelesaikan segala kecelaruan dlm kepala aku ni. hurmm

p/s:gusi ku membengkak. adoiii

Comments

sokonglah ulama kte..sdak dh kate said…
"Nik Aziz bukan sahaja suka membuat tuduhan yang bukan-bukan kepada orang UMNO bahkan beliau sendiri pernah mengeluarkan kenyataan melampau terhadap agama Islam Yang Maha Suci, seperti Tuhan juga samseng, Tuhan mencarut, sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk kemenangan dan sebagainya."

bagi org yg cetek ilmu agama mmg ayat diatas dianggap kurang ajar..tp ini adalah kate2 seorang ulama dan mmg benar pun..nik aziz berkata Allah itu samseng ataupun gedebe kerana Allah boleh melakukan ape saje tanpa sebarang halangan mahupun sekatan.tp kerana pemikiran org2 BN yg masih bodoh dan bahlul,mereka menggunakannya dgn memberi maksud yg serong kpd kenyataan di atas.dan mmg benar jika dikatakan org2 yg masih menyokong BN itu fasik kerana mereka telah menolak satu parti yang ingin membawa islam secara terang-terangan.kesiimpulannya..YANG BODOH TERUS DIPERBODOHKAN OLEH...BABI NEGARA
pk2 dulu said…
kamu cuba cakap hal politik.. tapi kamu tak tahu pokok pangkalnya.. lebih baik kamu siasat dulu, jangan nanti timbul salah faham!
Amin Baek said…
aku bukn nk oppose atau nk skong mana2 pihak..aku skang pemerhati politik jek..hurm..bab kafir mengkafir ni kn,dgn ilmu aku yg cetek ni,adalah dlarang kn dlm islam??

lagi satu,psoalan yg aku nk timbulkn,benar,pas satu parti yg membawa islam..tp mampu x melaksanakn islam dgn stulusnya???bukn pe,aku xmempertikai kewibawaan ulama pas,aku sndri org Islam,yg cuba membawa kpd masyarkt yg lebh baek..masih ingt x debat hussam dan khairy??sapa fanatik politik mst ingt..di mana hussam dgn yakin dan smgt nye mengatakan akan melaksanakn hudud jika dpt memerintah..dan disambut ngan tepukan pyokong pas..(time tu memg bdebat depan org pas pn)..dan ingt x ketika lim guan eng xsilap,keluar tb,dan mereke menyatakan mereka tidak stuju ngan statement hussam??ingt??dan hari kemudian hussam mengeluarkn statement,hudud hanya akan di laksanakn jika rakan dlm pkr stuju...

aku nk tnye kn,mana hilang smgt dan kbranian hussam memperthankn pendirian nya??ble org DAP menyentuh skit isu tu,tuka trus pendrian...apakah mampu dlaksanakn jika begini situasi nya??aku ni bukn memb2 UMNO,atau PAS..aku hanya org melayu beragama Islam..aku juga mahukn islam dlaksanakan di bumi malaysia..alangkh indahnya ble tiada lagi maksiat berleluasa,muda mudi bersama2 menjalankn kerja dakwah..

tp aku xrasa pas dpt jalankn tu sume selagi mereka bersekongkol dgn dap dan pkr...selagi pas bernaung bwh anwar,mereka hanya mengikut kata2 'ketua pembangkang ' itu wpon berbeda dgn pendirian mereka..aku mahukn parti yg lebih tulus dalm memperjuangkan Islam..

dan bagi aku,menyokong mana2 parti tidak salah..bia la mereka mengundi calon pilhn mereka krn manifesto parti itu lbh sesuai dgn jiwa mereka..kita sbg org islam,tau hukum hakam,jgn la sbb itu bergaduh,btikam lebih..ingt balik firman Allah dan juga wasiat imam hassan al banna...insyaallah..
sokonglah ulama kte..sdak dh kate said…
pk2 dulu : ko ckp kat sape tuh?pemuda dr kuala terengganu yg tulis artikel tu ke?

amin baek : isu hudud nih dh lame dh.dan pasal debat tuh, xkan xtau nak bezakan mane phak yg tau pasal hudud ngan mane yg x.KJ pn ad kate dia nk laksanakan hudud kalo dia jd kp mase yuh.tapi dia tau pape ke pasal hudud?tujuan ak skang ni bkn nk sokong husam,tp nk balas blk pasal ap yg org ckp pasal nik aziz.nik aziz tu ulama, dan Allah mengisytiharkan perang trhadap org yg mendustakan ulama.pikekanlah.nih blog tuk tambahan pasal debat khairy ngan husam tuh.

http://writtenbyhim.wordpress.com/2008/12/23/hudud-kj-husam-bukan-ahlinya/
http://demiislam.blogspot.com/2008/12/hudud-pas-tidak-boleh-gadai-hukum-allah.html
Amin Baek said…
owh..ok..aku sbnar bukn nk cte pasl hussam pn..tp sbnr membincgkn perjuangan pas n hussam at the time..k..aku stop cte hussam..yup..da lme pn..tp time debt ni,agak significant effect dia..that why aku gune balik mende tu..

aah..aku skong..ada hadis xsalah aku..pasl memburukkn ulama xsilap..

yup..ada gak blog yg aku baca yg membicarakan tentang nik aziz,especially time dia react pasl kerajaan perpaduan..kbykn berkisar tentang nik aziz yg melenting..
fuh, jadi macam perbincangan ya kat sini..

~~aku nak tengok je..
Hazwan said…
aku bukan nk ckp pasal politik..
aku just nk tau pandangan korang..
jangan salah kan aku..
aku tanye je..
rilex la, jgn gaduh2..
kite semua brsaudara..
huhu
tu pasal.. bincang2 juga.. kita bersaudara~~
Amin Baek said…
liau,ko saudara aku ke??ahah..ye ye sedara2..hehe
Hazwan said…
haha.
aku bkn nk gaduh,tp nk mntak pandangan..
aku xfham, so aku tanye la...
adooii

Popular Posts