Sebenarnya hampir seminggu aku kehilangan deria pendengaran telinga kanan. Kesannya, moral down. Aku mula menjauhkan diri daripada aktiviti melepak bersama kawan-kawan. Bukan apa, setiap perbincangan dan pertanyaan, aku kurang jelas dan kurang faham.

Waktu kenduri kahwin seorang kawan baik, dan juga majlis kesyukuran kawan masa kecik, ramai kawan-kawan lain yang ajak lepak, tapi aku tolak dengan alasan ada kerja kat rumah. Stress hoi telinga tak dengar nak pergi melepak dengan kawan-kawan. Sorry uuoollss.

Jadi, apa rawatan yang aku buat?

Mula-mula sekali, aku pergi klinik untuk membuat pemeriksaan. Keputusannya, telinga aku tersumbat dengan najis telinga. Haha. Menurut doktor, cuaca yang panas sekarang menyebabkan najis cepat kering dan melekat dalam telinga. Kalau tak, najis ni aku bergulung dan keluar dengan sendirinya.

Cuba elakkan aktiviti mengorek telinga. Bahaya. Jadi, doktor memberi aku sebotol ubat titik untuk mencairkan najis telinga. Namun masih tak berkesan.

Selepas meminta nasihat daripada doktor di klinik biasa, aku pergi jumpa dengan doktor pakar telinga. Yang ni paling best. Rupa-rupanya dalam dunia ni wujud satu mesin untuk menyedut najis telinga ni. Dah la tak sakit, seronok betul feel dia bila mesin tu menyedut-nyedut najis telinga aku ni.

Pehh, hebat betul nikmat pedengaran yang tuhan bagi ni yer. Hilang sekejap je hati aku dah kacau bilau.

Kesimpulannya, jangan korek telinga. Ada masalah sila jumpa doktor. Okey?