Minggu Kerjaya



  • Sebenarnya aku nak letak tajuk TEC 2012 kat atas tu. Tapi kesian pulak bila orang yang masuk blog aku sebab nak tau pasal TEC, tapi akhirnya terbaca cerita yang mengarut dari aku. Nasib baik aku bukan giler trafik blog. 
  • TEC tahun ni tak macam dulu-dulu. Kalau dulu, bila ada TEC je aku akan melilau ke semua booth. Bukan nak tanya pasal kerja atau tambah ilmu, tapi mengutip souvenier yang diberikan seperti pen, beg kecik, keychain, lanyard dan macam-macam lagi. Tapi sekarang, dah matang sikit. Dah mula rajin isi borang nak mintak kerja, dah mula try walk-in interview. Tak dapat pun takpe, asalkan dapat pengalaman. Walaupun begitu, ada dua orang kawan aku, datang ke booth semata-mata nak makan kek hak3 
  • Hari pertama TEC, aku try interview kat sebuah company. Aku tak tahu tu company kecik atau besar. Namanya terpaksa aku rahsiakan. Aku di interview dalam bilik kecik dengan seorang perkerjanya, Mungkin bahagian Human Resource. Antara kami ada sebijik meja kecil dan atas meja sebelah kanan aku ada timbunan kertas, mungkin resume orang lain yang telah dihantar. Ketika aku sedang menjawab soalan yang ditanya, tiba-tiba datang seorang perempuan; putih, gebu, freehair; mengambil kertas di atas meja sambil mendada. Mungkin kerana kemeja yang agak ketat, ruang antara baju terbukak dan aku ternampak perkara yang tak sepatutnya. Tiba-tiba aku gagap. Aku lost. Bra corak harimau bintang tu benar-benar buat aku bingung. Dem!! 
  • “Awak ni bukan student UTP ke?” tanya seorang akak di booth PETRONAS. “Eh, saya student ka sini la. Kenapa?” aku tanya balik. “Resume awak tak macam resume budak UTP lain.” Aku tak tahu ni petanda baik atau petanda buruk. 
  • Ada satu lagi interview. Dia tanya pasal sukan yang aku minat. Dengan yakin aku jawab bolasepak, futsal dan ping-pong. Tapi dah tak aktif dah main bola. Dia tanya kenapa, aku jawab aku ada kecederaan kat kaki dan doctor bagi nasihat supaya aku berehat dua tahun. Dia macam terkejut, mungkin dia ingat aku ni pro sangat main bola. Padahal aku tipu je sikit-sikit. Lagi pun orang cakap, kalau kita cerita yang kita pernah eksiden, peluang nak dapat kerja tu payah sikit. Jadi kena la tipu skit. Tapi kalau kantoi menipu nanti, berisiko jugak kan? 
  • Selesai saja urusan membuang resume di setiap booth, aku dan Ajek keluar untuk minum ais jagung di Deli Planet. Aku dan Ajek duduk kat kerusi batu kat luar, menyedut ais jagung sambil menggigit pisang goreng yang dah agak sejuk. Tiba-tiba seorang perempuan datang memberhentikan motor di hadapan kedai dan mula marah-marah kat seorang lelaki. Tapi tak jelas sangat apa yang berlaku. Tapi aku dapat tangkap sikit butir-butir pergaduhan. Katanya, lelaki tu menonton video lucah di rumahnya bersama anak perempuan terbabit. Aku mengucap sekejap, dalam hati. Aku dah Ajek hanya diam, tak berani nak tengok lama-lama. 
  • Hari kedua, aku menunggu kol, kot-kot kalau ada company nak panggil untuk interview. Tapi sekor pun takda panggil. Sekarang aku dah faham, resume aku tak power macam resume budak UTP yang lain. Kecewa. Okbai.
Gambar sehari sebelum kekecewaan

Comments

Anonymous said…
pixelate muka. mcm mana nk dapat kerja? hihi
ray said…
bra corak harimau bintang mmg garang
azwa amani said…
kalau letak tajuk TEC 2012.., memang amani kecewa,.. apa2 pun gd luck cari kerja ye, len kali jgn tgok dada org time diinterview :P :P
Wadi AR said…
rileks. banyakkk lagi peluang. trust Him
Raz said…
wah pakai dah smart dah. xpe cuba lagi. rezeki ade mane2 :)
Hazwan said…
@anon ~ hahaha..time interview guna muka betul la..


@ray ~ mengancam ler kah3


@beliamuda ~ dok dang nok daroh..dia keluar dulu hihi


@amani ~ bukan pandang tapi terpandang laaa


@wadi ~ insyaallah, ada la nanti peluang kat mane2 ;)


@razfira ~ hehe..insyaallah ;)
farhana roslee said…
tip interview: interviwer dilarang keras memakai pakaian y menjolok mata,kesian interviewee...kan dah gagap..hik3
Hazwan said…
bukan interviewer, tapi org lain yg same2 ade kat booth >_<
Faris said…
berbelas kali aku gi interview seingat aku dua tiga kali je dgn lelaki dan tak pernah lagi dengan pompuan yg 'beradab'. Semua mesti 'terbukak'. Aku mengaku la kat cni... wakaka. mungkin ini hakikat dunia? wah2 :P
Hazwan said…
kalau gitu, kena biasakan mata dengan benda macam ni la hahaha

Popular Posts