Malu Dengan Manusia


Pagi tadi aku bangun subuh agak lambat. Tapi aku tak pasti kalau pukul 6.40 tu dikira lambat atau tidak bagi anda. Keluar dari bilik, aku menuju ke bilik air. Di tengah-tengahnya ada dapur. Bila lalu je aku perasan, ada ramai brader berkopiah tengah berkumpul. Tapi aku tak cam muka sebab tak pakai spek, ditambah lagi dengan kepala masih mamai.

Aku terdengar ada orang baca quran. Aku syak, diorang sedah berusrah. Tiba-tiba aku rasa malu. Yela, ketika orang lain dah setel solat subuh, siap berusrah lagi, aku masih terkedek-kedek nak nak pergi ambil air sembahyang.

Habis solat, aku cuba muhasabah diri sorang-sorang; satu perkara yang jarang aku buat sebenarnya. Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu, kenapa kita cepat malu dengan manusia bila melakukan sesuatu kesalahan, tapi tak pernah malu dengan Allah bila melakukan dosa? Kenapa?

Kenapa orang tidak berasa malu bila beromen dalam semak beralaskan suratkhabar? Tapi bila kena tangkap tutup muka guna suratkhabar kerana malu? Kenapa?

Aku tinggalkan anda semua dengan persoalan itu. Pandai-pandai lah fikir sendiri. Nak huraikan panjang-panjang bukan orang nak baca pon. Ok, babai.


Comments

Wadi AR said…
mungkin tiada keimanan dalam diri. selamat berpose
Hazwan said…
hik3.mungkin!Selamat berpuasa.
HaiDa HiDa said…
bila malu kerna manusia tu yg tak pernah ada rasa bersalah.. tpi bila malu tu hadir kerna Allah yang Maha Agung, insyaAllah ia akan memberikan kesedaran dalam diri...

selamat berpuasa dan menunaikan ibadah di bulan yang pernuh barakah.. :)
Amin Baek said…
makin mengancam a isi blog ni..
selalu buat orang berfikir kembali..

nais..hehehe
Hazwan said…
@Hida ~ selamat berpuasa ;)


@Amin ~ hik3..hanya menulis apa yg terlintas dlm fikiran ;)
Unknown said…
sebab xdak iman..
haha^^
tapi aku pun musykil gak..
kalau tngok tb kalau ada kes apa2 ka tutup muka xmau2..
tapi,bila buat keja terkutuk terkeji tu xdak plak kan nak malu dengan ALLAH..
adakah malu dengan manusia itu lebih dasyat ??
aku pun tinggal kan tanda tanya ni utk hang.. Misteri :))
Hazwan said…
aku tak minat benda misteri ni kah3

Popular Posts