Brader Tabligh

Dan brader Tabligh tadi beredar dari bilik aku. Nama dia Aazim. Budak Phd yang berasal daripada Pakistan. Semangat betul dia. Dah beberapa kali dia datang ajak aku untuk ikut dia pergi berdakwah di kawasan Seri Iskandar. Tapi jawapan yang aku bagi, “Insyaallah, nanti saya fikir kan balik.”

Aku bukan saja-saja menolak ajakan diorang, tapi mak aku ada pesan,”Mu jangang galok gatal nok ikut orang-orang gitu. Gi belajor sapa abih dulu.” Pesanan mak masa mula-mula masuk U dulu aku masih ingat. Aku tahu, mak aku risau kalau aku mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.

Mu jangang ikut perangai Adang Adli tu.” Ok, yang ni aku tambah sendiri hahaha. Adam Adli tu takpe, dia anak orang kaya, tak perlu fikir nak tanggung keluarga. Sebab tu dia ada banyak duit nak merantau satu Malaysia dengan idea ‘kuasa Mahasiswa’ beliau. Dia tak ada impian macam aku, nak senangkan kehidupan mak ayah dulu dengan titik peluh sendiri.

Ok, aku dah lari topik.

Sebenarnya masyarakat kita masih ramai yang memandang serong terhadap golongan tabligh ni. Mungkin kerana terdapat kes-kes terpencil mereka yang mengikut golongan tabligh ni sampai mengabaikan pelajaran, berhenti belajar pun ada. Gagal belajar pun ada. Sebab tu mak aku risau kot. Mungkin.

Bagi aku usaha mereka ni patut dipuji walaupun sesetengah mereka ada yang ‘berbau’ sikit haha.

Bila fikir-fikir balik, menarik jugak ajakan brader Pakistan tu. Sebab dakwah tu tanggungjawab semua orang Islam, bukan sesetengah je. Lagi pun dia hanya mintak sehari dalam 30 hari dalam hidup aku untuk aku luangkan masa untuk mengikut mereka. Tahu tak, sehari dalam 30 hari. Takkan tak mampu nak luangkan masa sebanyak tu untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Kan?

Tapi bila cerminkan diri sendiri, aku tau aku tak layak nak berdakwah. Kenapa aku cakap aku tak layak? Sebab aku kenal diri aku ni sape. Akan tetapi yang sebenarnya aku masih tak puas enjoy dalam hidup kat dunia sementara ni. Aku bukan budak alim bro >__<


Comments

azwa amani said…
first : errmm,..dakwah tu tugas semua org, sebab kita pewaris nabi, sampaiakn kat medium2 lain pun dah cukup dah..

second : adang adli tu member amani.. tak tau pasai apa sem 5 tu dia ubah perangai jadi gitu...kat kolej dulu, dia budak band je..sore dia nyanyi memng sedap, laung2 pasal kuasa mahasiswa pun'sedap' juga.. huhu..

third : itu je.. kim salam kat mak.. huhu :D huhu (just joking)
Hazwan said…
@amani ~
Insyaallah akan disampaikan haha




@Wadi ~
Cekalkan hati utk ape woi??
Aku hanya paham point ko yg last tu.
haha...
sengal lah =p
Faizal R said…
Jgn menyerah untuk berdakwah, banyak cara lain untuk berdakwahkan. Post pada blog pun boleh jadi dakwah.
HaiDa HiDa said…
beberapa minggu lepas kat kg hida ada kumpulan dakwah datang dan bermalam kat surau selama 3 hari.... Alhamdulillah sepanjang mereka kat sini, surau sentiasa penuh dan ada program2 agama yg dianjurkan..

betul kata saudara Faizal, dakwah ada pelbagai cara dan blog juga merupakan medium terbaik tuk berdakwah... :)
Hazwan said…
@Nasrullah ~

Point last tu ape yg ko faham bro? Aku tak rasa pun ada maksud tersirat di situ >.<
Hazwan said…
@Faizal & @Hida ~

Betul, boleh jugak berdakwah melaui blog..ada jugak tulis tapi jarang2 la hehe
Raz said…
menurut pandangan saya, berdakwah tak perlu jadi alim sebab kita manusia bukan ma'sum... so memang akan buat silap. kita cuma cuba mengingatkan antara satu sama lain

tapi pesanan mak tu kena ikut jugak... berkat :)
Pha Is said…
aku pon lebih kurg je... dah banyak kali kena ajak... tapi x penah pi pon lagi.. hehehe
MR.Z said…
salam...
jom berdakwah bro? hehe
Hazwan said…
herm3..nanti aku pikirkan haha
eddy syrol said…
pernah gak pokcik join tabligh ni time study dulu... adalah dalam 1 semester.. hehehehe... ok je depa ni... cuma pokcik tak tahan makan setalam... errrr
Hazwan said…
err..best ler makan dlm talam..cpt kenyang ;)

Popular Posts