Obesiti


Sekarang orang tengah kecoh dengan masalah obesiti. Budak-budak sekolah zaman sekarang dikatakan semakin gemuk. Ya, aku setuju.
Tapi yang aku tidak setuju bila sesetengah meyalahkan makanan di kantin terutamanya nasi lemak yang dikatakan penyumbang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah. Lalu pelbagai pihak mula berlumba-lumba mengeluarkan pelbagai idea yang dikatakan sangat bernas untuk menangani masalah ini tapi bagi aku sangat membazir dari segi wang ringgit.
Padahal makanan yang disediakan di kantin sekarang sama je dengan zaman aku sekolah dulu. Budak-budak zaman aku pun makan nasi lemak jugak. Kadang-kadang ada yang makan nasi ayam hari-hari. Tapi tak gemuk-gemuk jugak. Si Peyo, misalnya.
Aku rasa yang salahnya mak ayah. Apa taknya, kalau hari-hari duk menyogok anak-anak dengan makanan segera. Hot dog, daging burger dan nugget dah jadi macam makanan ruji budak-budak sekarang. Dah la dalam tu ada pelbagai jenis bahan kimia. Tak termasuk lagi dengan KFC, Mekdonel dan juga Pizza.
Zaman aku kecik dulu, KFC dan Mekdonel tu memang jarang masuk dalam tekak. A&W pun kadang-kadang. Yang aku kenal hanyalah nasi, cekodok, lempeng dan juga beberapa kuih tradisional. Aku yakin, dengan makan makanan sebegini memang takkan mudah nak jadi budak obesiti.
Budak-budak pun satu hal. Makan je banyak tapi nak naik basikal pergi sekolah pun malas. Tengok aku dulu, dari darjah tiga dah naik basikal. Naik bukit turun bukit, amik selekoh tajam slamber je lepas tangan. Sebab tu time kecik aku ni gemuk dan taff. Bukan gemuk dan lembik macam budak zaman sekarang.
Kerajaan pun problem jugak. Hampir semua padang bola dah jadi tapak perumahan. Kalau ada pun, banyak dah jadi padang meragut rumput bagi warga kambing dan lembu.Taik merata-rata. Kesannya, budak-budak banyak mengadap TV dan computer sambil makan cekedis. Hari-hari duk main game. Sepak bola tak pandai tapi main PES mengalahkan Messi. Lama-lama jadi gendut.
Sebenarnya banyak lagi punca masalah obesiti ni. Tapi aku dah malas nak membebel. Bukan kerajaan dengar pun. Tak perlulah nak bazirkan duit rakyat dengan idea yang bukan-bukan. Oh, lupa nak cakap. Best jugak cerita Ultraman Mebius tadi keh keh keh.

Comments

farah said…
mmg salah ibu bapa anak2 obesiti..parents bz kerja,then balik dh mls masak,makanya drive thru saja... lepas tu, kjaan wat la mcm2 rules n exam kt sekolah smue,yg jadi mangsa,cikgu..
Izz Amri said…
hahahaha..

macam bapak anak 10 sedang membebel kat 10 org anak sorang-sorang :D

tp apapun, ur opinions is pretty true!
Hazwan said…
@Farah K ~ Betul2..cadangan terbaru pun nak melantik guru mengwasi makanan kt kntin..ksian kt cg2 skarang

@~izzati amri~ ~ haha..saje lepas geram
daisy said…
kesian cikgu2 zaman skrg, dari tugas mendidik sampailah mengawasi makanan kat kantin, semua jd tanggungjawab cikgu..nti bila ada kes keracunan ke,ape ke,cikgu jugak la yg kena..

apa2 pun,ibu bapa mmg salah...terlalu manjakan anak2..~
oktant said…
Amat bersetuju dgn Hazwan. :D
penaberkala said…
ak stujun 200%
dulu, nk rasa KFC, mcD, pizza jgn harap la
skang, dh jadi macam makanan ruji
tak pekena seminggu sekali tak sah
tu antara faktor utama yg ak nampak utk kes obesiti kanak2
kat rumah plak, nugget, wedges, fries, aiskrim, snek dan cakedis konpem sentiasa ada sbg stok kat rmh utk anak2
Unknown said…
gemuk dan taff tu penting yau.. :P
farhana roslee said…
ye.semua bermula dari rumah..parents patot dipersalahkan.
moreover....what you eat is what you are. :p

sebenarnya nape tetibe cerite pasal obesiti nih? nk highlight point yg encik KP hebat naik beskal lepas tangan eh~

ok la tu, memang hebat~ O.o
Hazwan said…
@daisy ~ sekarang ni kalau kita perasan mnjadi seorang guru mmg sangat la susah..semua bnda diorg kene buat..kesian aku tgk..


@oktant ~ terima kasih =D


@penaberkala ~ mcm time time intern aritu la..duk mkn bnda tu je..sbb tu cpt gemok haha


@wanpai ~ haha..betul kot hahaha


@farhana roslee ~ jangan salahkan parent je =P


@norashikin rahmat ~ haha..xde lah..just nk mnyentuh isu semasa..btw thanx haha
haha..zaman kita dulu..
kita makan n bakar balik dgn aktiviti luar..maen...
budak2 skang...makan je..xbakar2...duk maen game...facebook..internet je memanjang...mane taknye...lemak xdibakor....
so...sepatutnye...kita bakor je (^_^)
Hazwan said…
hahahha...nice2..kite bakor je

Popular Posts