Zaman kecik aku merupakan zaman kegemilangan aku sebagai seorang penakut. Sebut saja semua jenis hantu, tak kira hantu raya ke, pocong ke, hantu golek ke, ape, semuanya aku takut. Tak ada pun yang aku tak takut.
Pernah sekali, ketika itu semua family aku tengah melepak di luar rumah dan abah aku menyuruh aku mengambil rambutan kat dapur. Tapi aku taknak sebab takut. Padahal jam baru saja menunjukkan pukul enam setengah petang.
Pengalaman yang paling rare aku sebagai seorang penakut adalah pada akhir 90’an. Pada waktu tu, aku masih belum bersunat dan sangat rajin ke surau bersama kawan sekampung. Pada satu hari, selepas imam memberi salam solat Maghrib, aku dan kawan aku yang lain terus cabut bersama basikal masing-masing. Sementara menunggu waktu Isya’, aku pulang ke rumah untuk mengisi kekosongan di perut.
Aku sampai di depan pintu pagar rumah. Suasana ketika itu agak seram sedikit kerana terdapat sebatang pokok nangka yang besar dalam pagar. Sebelum sampai ke pintu di bahagian dapur, aku perlu melalui pokok nangka tersebut dan juga beranda rumah yang kelihatan menyeramkan pada waktu malam. Aku pernah dengar orang cerita yang kat pokok nangka biasanya ada hantu.
Aku cekalkan diri. Aku mengayuh perlahan-lahan basikal aku. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi yang pelik seperti memaksa aku berpaling ke arah beranda rumah.  Aku melihat lalu tergamam. Satu lembaga besar sedang berdiri sambil mengeluarkan suara yang aneh dari atas beranda.
Mokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!” aku menjerit memanggil mak aku lalu terjun dari basikal. Aku memecut kearah pintu dapur sambil menjerit hantu berulang kali. Mak aku membuka pintu sambil beristighfar. Sedang aku tercungap-cungap menyedut oksigen, kakak aku pun datang sambil tersenyum.
Tu aboh la. Bukan hantu,” aku terkejut lagi. Cehh, rupa-rupanya tu abah aku yang menyakat aku tadi. Ingatkan hantu betol-betol. Lupe plak yang lepas maghrib dia akan melepak di situ untuk melepaskan asap rokok dari mulut. Arghh, tensen.
Tapi betul ke aku ni penakut. Aku ada citer lain. Kali ni betul-betul seram. Kawan-kawan tau tak, sebelum sampai ke surau tu ada sebatang pokok yang sangat besar. Dah banyak cerita hantu yang aku dengar pasal pokok tu. Kalau bumbung kereta kena pijak time lalu jalan tu memang benda biasa la orang cakap. Jangan heran.
Macam aku sendiri, setiap kali aku pulang dari surau basikal aku mesti rasa berat. Kadang-kadang senget macam nak terbalik. Nasib baik time tu aku ni kuat makan nasi. Jadi, banyak jugak lah tenaga yang aku ada untuk lawan balik. Kadang-kadang aku stop dan cek tayar kalau-kalau ada problem tapi tak ada apa pun. Tapi yang peliknya, tak terlintas langsung dalam kepala aku nak mengaitkan kejadian berulang-kali ini dengan hantu. Nak kate bengap tak jugak.
Tapi bila dah besar ni baru aku terpikir balik. Agak-agak korang la kan, dah berapa ekor hantu yang aku dah bawak balik ke rumah?