Antara Perempuan Dan Ikan
Mael adalah nama seekor kucing yang dibela oleh housemate aku iaitu Faiz dan Deli. Manakala Gubi adalah seekor ikan kecil yang berukuran 10cm panjang. Ikan ini telah berjaya dipancing oleh Farhan petang semalam sebelum aku mengambilnya sebagai haiwan peliharaan. Memandangkan aku masih tiada bekas yang besar untuk memelihara ikan itu, jadi aku meletakkannya di dalam sebuah bekas makanan yang kecil tapi muat untuk Gubi bergerak.
Dan malam pun menjelma. Ketika aku sedang pening study Ammonia dan ber-Twitter, tiba-tiba Mu'sab memanggil aku. Dia cakap, Gubi sudah dibaham oleh si Mael. Aku bergegas ke dapur, dan aku lihat Gubi sudah layu di pangkuan si Mael. Aku tak tau nak cakap apa. Adakah salah aku yang meletakkan Gubi di tempat yang terbuka dan terdedah ataupun salah si Mael yang jahat yang sengaja membaham si Gubi yang berada didalam bekas lutsinar? Salah siapa?
Tentulah salah aku kan? Sama jugak kalau kita hubung-kaitkan dengan keadaan sekarang. Katakan si Gubi adalah perempuan manakala si Mael adalah lelaki. Sekarang kita dapat lihat semakin ramai perempuan yang berpakaian yang terdedah, pakai baju bertutup pun tapi boleh lihat hampir keseluruhan bentuk badan. Bila dah berlaku kejadian yang tak diingini, kenapa disalahkan si jantan durjana seratus peratus sedangkan si perempuan yang mengundang perkara itu untuk berlaku. Mana ada kucing yang jual mahal bila dah tengok ikan tersergam indah di depan mata. Betul tak kawan-kawan?
Buat perempuan, jagalah diri elok-elok. Tutuplah apa yang patut di tutup. Kalau nak tutup, jangan tutup seperti aku menutup si Gubi dengan bekas lutsinar, ditutup tapi masih terdedah. Tutuplah dengan betul. Sekurang-kurangnya, bantulah si lelaki untuk menjaga pandangan. Insyaallah dua-dua akan selamat di akhirat.
Comments
hasyimah~thanks =D
Btw, mail sudah dihantar pulang ke tingkat bawah :)
apakah hukuman yg setimpal untuk mael?
sgt bijak mengaitkan realiti dgn realiti~
sudah ada gaya faisal tehrani di sini..
bile nak release novel? :P
Penaberkala~dia telah dihukum oleh Deli huhu
izzati~haha..novel apenye..fydp pun x siap2 lagi ni hak2
^_^..nice story.. gud job~ +_+..
tp sayangnyer...
bt0l pe k0 tulis tuh..huhu..share la di fb..bleh bg kesedaran kat org t..=)
anda cool
Faris~haha..bese2 je
tahniah :D
memang tak patut nak salahkan lelaki semata-mata. sebab kadang2 punca masalah wanita itu sendiri.
knp bila lelaki buat hubungan seks dgn gadis bwh umur dgn kerelaan diorg, lelaki je yg kene..
sepatutnye dua2 patut dihukum..
x gitu?
Siapa suruh termakan umpan yang dipancing orang-orang itu.
mengikut cerita kau ni, kau ckp salah kau kerana membiarkan Gubi terdedah kepada ancaman musuh. Gubi as a fish tak dpt nak buat apa2 kerana lingkungan protection dia limited.
Jadi kau dlm cerita ni umpama body guard Gubi dlm erti kata lain...
org yg bertanggungjawab dlm menjaga keselamatan perempuan itu (ibubapa khususnya)...benar?
Kesimpulannya di sini, jikalau dlm cerita Gubi, kau di persalahkan....adakah kau menuding jari kepada pihak ibu bapa yang tidak tahu mendidik anak2 mereka?
(apesal aku mcm guru bahasa malaysia?!) hahahha
Sama halnye dgn gubi, beliau sebagai ayah angkatnye gagal untuk mempertahankan gubi sehingga dibaham oleh mael. Seolah2 seperti seorang ayah gagal mempertahankan anak perempuannya daripada lelaki durjana kerana membiarkan anaknya tu pakai pakaian yg menjolok mata,ketat sana,terbuka sini. Mael yang tak berakal pun ada nafsu, apatah lagi lelaki yg berakal.
Tahniah eh,i like ur entry. Sabar eh,nak bt cmne,umo gubi tak panjang..kehkeh
hehe..xpe..nnti nk cari gubi yg baru..n thanx sbb mndalami apa yg cuba aku smpaikan disini :P