UTP Semakin Tenat

Sejak balik dari praktikal selama lapan bulan, aku rasa UTP telah mengalami satu transformasi yang agak mengejutkan, Yang paling aku rasai adalah transformasi perkhidmatan internet. Kalau dulu dengan senang aku dapat me-lagho-kan diri dengan dunia siber lebih-lebih lagi dengan penggunaan WiFi dengan kelajuan yang memuaskan.
Tapi sekarang, WiFi dah dipancung. Yang tinggal hanyalah LAN yang sangat perlahan umpama siput babi yang baru lahir. Lagi sakit hati bila tengok Gtalk yang bermain sendirian, sign-in dan signout dengan sendiri. Bila nak PM orang je terus diorang ataupu aku yang tersignout senndiri. Geram betul. Nak mengorat awek UTP pun tak senang.
Transformasi kedua pula adalah dengan bilangan spesis kafe yang semakin pupus. Kalau dulu, tempat yang paling meriah kat UTP adalah di kafe V5 tapi sekarang  hanya tinggal hanyalah kenangan. Jumlah dua buah kedai yang wujud di kafe V5 memang tak mampu menampung nafsu makan pelajar UTP di sini yang sebelum ni mempunyai lima hingga enam  kedai di V5. Di tambah pula dengan penutupan tiga kedai di Kafe USM yang amat mengejutkan aku. Tu pun aku baru tahu pagi tadi.
Aku sendiri tak faham kenapa perkara ini berlaku. Dengan kadar permintaan makanan yang tinggi tapi pengeluaran yang rendah, ini memaksa masyarakat UTP hidup berdikari. Tiap-tiap malam makan roti berulamkan air milo. Kalau yang rajin, akan keluar beramai-ramai ke restoran di sekitar Seri Iskandar. Dan kesannya, kedai-kedai makanan mula bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi sayang, harga makanan di luar tidak semurah di kafe UTP.
Tapi apa nak buat. Bagi yang berselera besar dan berduit besar, makan kat luar adalah penyelesaian utama. Bagi yang diet perut dan wallet macam aku, masak sendiri adalah pilihan terbaik. Tapi sifat malas kadang-kadang menjadi halangan. Jadi, apa nak buat?? Entah.

Comments

Anonymous said…
THIS is sad. utp macam ada financial problem jer. aku dengar utp nak di serahkan kepada org lain untuk uruskan..? tak tau lah betul ke tak...
MPP kan ada. gunalah saluran yang ada, manatau luahan anda mendapat perhatian~
Feizal said…
orang kate,perubahan tue tanda kemajuan...tp klau berubah kebelakang??aper cer???
Hazwan said…
naqib~ape yg aku dengar, petronas xkn bertanggungjwab lagi utk UTP..mybe Petronas hanya pd nama sahaja..pasal financial problem tu, aku x sure sgt..

syikin~yup, MPP dah bertindak tp problem mmg dah lama berlaku..mybe ade smtg yg x kene..ngkin ade student yg hack connection..mybe lah..

feizal~entah la..x berani nk komen pape haha
penaberkala said…
INTERNTER slow sebab UTP ramai hackers
Unknown said…
nak sampuk ckit... ade kontraktor wat cabling kot... tau2 je..
Hazwan said…
penaberkala~tu salah satu faktor..mybe la..

Catdy~ye kot sbb sekarang dh makin ok kecuali mlm agak lmbab sket..

Popular Posts