Harimau Malaya vs Harimau Malaysia


Sejak Malaysia menjuarai Piala Suzuki beberapa hari yang lalu, nama-nama pemain Malaysia mula meningkat naik. Kalau dulu tak ramai pun yang ambil tahu pasal perkembangan bolasepak Malaysia. Tapi sekarang, dah ramai yang mampu menyenaraikan kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.
Namun ia menjadi sedikit pesoalan apabila ada pihak yang mula berkecil hati dengan penggunaan nama Harimau Malaya. Ini merujuk kepada kenyataan pembantu Menteri Belia  dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim yang menyatakan bahawa belia Sabah tersinggung dengan penggunaan nama Harimau Malaya. Hujahnya, ia seperti meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak serta tidak melambangkan semangat 1Malaysia.
Sebenarnya, perkara ini tidak patut menjadi masalah jika kita faham dan bercakap dengan ilmu. Penggunaan nama Harimau Malaya sudah lama sebenarnya. Nama ini diambil sempena spesies harimau yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Panthera Tigris Jacksoni atau Panthera Tigris Malayensis atau nama melayunya Harimau Malaya. Kalau kita google spesies Harimau Malaysia, memang tak akan jumpa kerana harimau spesies ni memang tak pernah wujud.  Tak perlu rasanya mengubah nama gelaran semata-mata nak menjaga hati pihak tertentu yang cuma menyokong ketika nama pasukan bolasepak Malaysia sudah naik. Memetik kata-kata seorang blogger, Lucius Maximus di Sokernet
Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Satu persoalan dari aku, kenapa time Malaysia sering kalah dulu, dibelasah Thailand 7-1, tumpas dibumi sendiri pada Piala Asia dengan keputusan yang memalukan dulu,  tak ada sesiapa pun yang membangkitkan hal ini. Bila dah menang, mula lah bising. Pastu terhegeh-hegeh mengaku penyokong setia pasukan kebangsaan. Sampah!

Comments

Azrul Hisham said…
sape2 yg suruh tukar nama Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia memang sampah..

aku harap nama Harimau Malaya dikekalkan sampai bila2..


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life
Faris said…
sampah der belaka... SAMPAH

time menang, nak tumpang nama belaka. Time kalah, buat2 tak kenal... hoho

sampaikan benda2 remeh gini pun boleh dipolitikkan... adoi2.. lembu sungguh
Amin Baek said…
mereka xpasti mana datangnya perkataan Harimau Malaya itu..

amboi..berbakul2 sampah kene..takpe..bgus gak..ramai yg mkin alert dgn team ni..

btw,aku xsabar lak nk tnggu MSL ni..dlu tgk pn Selangor ngan Kelantan je..haha..(melaka tinggal kenangan..huhu)
Hazwan said…
azrul~mereka xtau pape..juz nk publisiti je tu
Hazwan said…
abir~eh, ko pun setuju dgn aku hhehe
Hazwan said…
faris~nk buat cmne, smua nk tmpang nama..cess, sampah!
Hazwan said…
melaka dh turun liga FAM dahhh
penaberkala said…
ak pun stuju der
masa senang ni la pakat ramai2 nk tumpang senang
time kalah, kutuk kaw2 punya

harap lepas ni makin rmai la bagi sokongan kat skuad harimau malaya
tak kira jatuh bangun susah senang
baru yo
Hazwan said…
yup...jgn jd pnyokong lalang!!
Sting_Kamaroz said…
Masa zaman arwah Mokhtar dulu, James Wong dan Hassan Sani pun berasal dari Sabah, jadi xperlu politikkan Harimau Malaya!
Hazwan said…
yup2..Cocok Hasan, fames kot dia ni
AbGJaS said…
Salam,

Saya boleh terima jika gelaran 'Harimau Malaya' digunakan sejak sebelum merdeka atau ianya telah sebati selama ini. Tetapi agak kurang setuju jika gelaran itu digembar gemburkan hanya sejak kemenangan Malaysia dlm Suzuki Cup.

Sebab ia seolah2 'meminggirkan' rakan2 di Sabah n Sarawak. Hujah Panthera Tigris hanya digunakan utk menepis selepas rungutan ini ditimbulkan.

Perkara ini juga harus dilihat dari sudut sentimen dan konteks yg betul, bukan secara literal semata2.

Satu perkara lagi, kita masih boleh berhujah dan memberi komen tanpa perlu menggunakan kata2 kesat.

Bukankah itu budaya kita orang Melayu (Malaya)?
Hazwan said…
saudara..sbnrnya saudara ni bkn pengikut bolasepak sejati..gelaran inia telah digunakan sejak dulu lagi.lagi pun bkn sejak kmnangan piala suzuki, malah sewaktu Msia mnjuarai Pestabola Merdeka 2008 dan juga sukan Sea 2009, gelaran ini juga digunakan..knp x bising2 pun..

lagi satu, sampah dan lalang bkn kata kesat.
AbGJaS said…
Salam sdr Hazwan,

Seperti sya katakan tadi, saya akur jika gelaran itu memang sebati. Justeru klu gelaran tersebut memang telah digunakan selama ini, saya menerimanya... hidup 'Harimau Malaya'!

Sampah dan lalang boleh menjadi kata kesat (bukan mencarut atau makian) dalam sesetengah konteks ayat. Itulah tingginya tahap bahasa Melayu; berfungsi secara tersurat dan tersirat.

Namun mungkin generasi masa kini sudah menganggapnya 'biasa' di kalangan sesama sendiri.
Hazwan said…
salam..
terima kasih atas teguran itu..
mungkin saya masih belum matang dlm penulisan dan juga dalam berhujah..
mungkin sbgai seseorang yg agak fanatik dgn bolasepak malaysia, saya menulis dgn emosi tanpa mmikirkan etika dlm penulisan..
Terima kasih =)
AbGJaS said…
Salam sdr Hazwan,
Saya gembira kita dpt bertukar fikiran secara sihat di sini dan terima kasih kerana menjadi follower saya (abgjas).
Anonymous said…
bahasa indonesia = harimau malaya
bahasa melayu = harimau belang

kate nak memartabatkan bhasa melayu kite..so,pandai2 la nak pakai yg mane satu..harimau belang or harimau malaya..kalu kite indonesia boleh la pakai nama harimau malaya..kite malaysia.1 malaysia..harimau belang je
Hazwan said…
banjaran himalaya kat malaysia kan? hmm, malas nak cakap panjang panjang..kaji lah lagi..
Anonymous said…
suka dengan cara abgjas menjawab komen2 disini :)..cool je..sokong abgjas..
Anonymous said…
ni BLOG MCM SAMPAHHH!!!!!!!!!!!!harimau MALAYA kunu!!!tambirang bah ko dlm parit!!!Aku lebih rela sokong harimau muda drpd harimau malaya,aku bukan benci sma player tapi gelaran!!susah sngt kr nk ubah gelaran tu,kan dah lapuk sblum merdeka gi da nama tu,wktu tu mmg kami tak kesah lah sbb bukn trmasuk malaya,sapa lagi nk sokong kalu bukan smua negeri,...ko ingat ahh wktu mlysia tak naik dulu masa zaman gelap smua negeri tak sokong termasuk borneo!,..bila dah naik mesti lah promote habis gelaran harimau malaya tukn...Kalu mlysia menang pun AFF ni tak da istilah sokongan bagi kami kerna gelaran harimau malaya!klu gelaran tu d tukar harimau Borneo APA macam?mAsa tu korang boleh terima kah?aha....Cukup la gelaran MALAYSIA,kami tak nk pun gelaran harimau malaysia wuiii bloger.Harap korang fhm,)smnjung sampah juga ahahah
Anonymous said…
kah..kah..kah...harimau apa ya? harimau bangsat!! kami warga sabah serawak tidak akan menyokong harimau malaya karena warga nya sungguh racist..!! kalian pergi mampus laa!

Popular Posts