Kereta Proton Persona putih meluncur laju ke arah bandar Kuantan. Pagi tu aku dijemput di depan pintu rumah oleh Asraf untuk bersarapan di bandar dengan kereta yang dia baru angkat dari kedai. Sudah lama tak bertemu brader ni, sejak dia berkahwin dan berhijrah ke Pengerang. Nasib baik isteri dia masih di Kuantan. Jadi boleh la jumpa kalau ada masa terluang.

Usia perkahwinan dia tidak lah lama. Tak sampai setahun kalau tak silap. Macam biasa kalau jumpa orang baru berkahwin ni aku suka tanya tentang pengalaman. Bukan pasal bawah selimut ye, tapi pengalaman antara waktu bujang, waktu hampir berkahwin dan juga selepas berkahwin. Apa yang membezakan.

Biasa lah, sekadar mengisi waktu sebelum sampai ke kedai. Banyak yang dia kongsi tapi ada satu benda yang melekat dalam kepala. Katanya, semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, semakin banyak keburukan pasangan yang kita dapat lihat. Kadang-kadang rasa tak sanggup nak kahwin dengan orang tersebut.

Tapi dia kuatkan hati. Anggap tu ujian orang yang nak berkahwin. Aku tersengih sambil berdoa dalam hati, semoga mampu menghadapi cabaran andaikata tuhan izikan aku berkahwin, suatu hari nanti?

Eh ni bukan hint.