Ajaibnya Mesin Basuh


Hari ni aku ada cerita ajaib tentang mesin basuh di UTP. Ceritanya begini.

Duduk kat UTP ni, antara perkara yang paling malas untuk aku buat adalah membasuh baju. Sebab kalau nak basuh baju, aku perlu menuruni 4 tingkat sebelum sampai ke mesin basuh yang terletak kat bawah blok. Itu pun belum tentu dapat basuh.

Kadang-kadang terpaksa beratur 2 3 baldi sebelum sampai giliran. Tapi biasanya aku akan potong je sapa-sapa yang lambat. Dah hari ni aku merajinkan diri membasuh baju selepas melihat longgokan baju masam dalam baldi. Nak basuh dengan tangan malas pulak rasanya.

Jadi, selepas dua kali turun aku berjaya memasukkan baju dalam mesin basuh. Sementara menunggu baju aku siap dibasuh, aku kembali ke bilik dan menyediakan sarapan. Hanya segelas neskepe dan 10 keping biskut jagung untuk santapan hari ni. Sambil-sambil tu aku online facebook, twitter dan mencari bahan bacaan di internet.

Akhirnya, terlajak dua jam dan aku bergegas turun ke bawah. Dan cerita ajaibnya pun bermula.

Bila sampai kat bawah, aku tengok baju aku telah dikeluarkan dari mesin basuh dan diletakkan di tepi dryer. Aku angkat baldi tu untuk dibawa ke atas. Aku rasa hairan kerana baldi itu berasa agak ringan. Aku ramas-ramas baju, rasa panas dan kering. Aku cium-cium baju, ada bau sabun yang aku baru beli semalam. Aku kompius sekejap.

Ajaib betul, aku hanya masukkan baju dalam mesin basuh. Tapi sekarang baju tu dah kering dan tak perlu dijemur ;D

Setelah berfikir dua tiga detik, aku rasa ada seseorang yang tersilap mengeringkan baju aku menggunakan dryer kerana ada dua baldi biru kat situ. Atau mungkin misteri kejadian hari ni ada kaitan dengan manifesto Nabil Berapi dalam PRK UTP yang lepas. Atau mungkin ada lelaki yang minat aku kat blok ni uweekk

Kepada yang tersilap dry kan baju aku tu, sila lah hubungi aku supaya aku dapat ganti balik duit anda. Kalau tak, mintak halal yer ;)

Comments

farhana roslee said…
xtau ke,sebenarnye kat setiap mesin basuh dan dryer,ade seorang puteri.puteri tu la yang tolong basuh dan keringkan baju mu..xcaye tnye mareney.
Hazwan said…
herm..bed time story -___-"
Faz Yaakub said…
Haha...untungla...ke bunian mane yang jatuh cinta n tlg keringkan.huhu ^^
Hazwan said…
Kalau betul ada bunian jatuh cinta, mintak2 dia sediakan bekfes skali haha!
HaiDa HiDa said…
untung la ya.. mgkin org tu tggu lama sgt mne la tuan punya pakaian ni... last2 dia setelkan semua sekali... :)
Hazwan said…
takkan lah..bazirkan duit 50sen je haha
Hahaha...
untungla beliau....

Best2...terus kering...hehe
Anonymous said…
mesti bengang giler orang yang tersilap keringkan baju ko tu..haha
Hazwan said…
@Nash ~

mmg untung tapi mcm x sedap plak guna duit org cmtu hehe
Hazwan said…
@ Amely Afandi

tuah ke? hmm, ye la kot ;D
Hazwan said…
@anon~

mungkin kot..kalau aku jd dia pun aku bengang haha
Unknown said…
hahahahaha..memang pelik dan hairan..btw,aku follow sini
Raz said…
rasenye ade orang minat kat hang kot, romantik tol basuhkan baju. hahahahahahhahahahaha
ChocoStrawberi said…
uihhh.pemalas sungguh basuh baju rupanya.haha
Hazwan said…
@RazFiRa~

haha..sanggup betol dia dtg menyorok kat blok laki utk basuh baju aku haha
Hazwan said…
@ChocoStrawberi~

kalau malas, hantar kat dobi je cik adik :P
azwa amani said…
xdelah ajaib sngat.. wuahahahaha :P
Hazwan said…
ajaib kot..org yg x pernah kena x kan rasa ajaib :P

Popular Posts