Bila aku cakap aku nak menonton perlawanan kelayakan Olimpik antara Malaysia dan Bahrain, ramai jugak yang terkejut. Dan ada jugak yang tak hairan. Yang terkejut pulak sangat terkejut kerana keinginan aku ini menjadi kejutan buat mereka.

Kenapa perlu bersemangat sangat untuk menonton perlawanan bolasepak Malaysia,’ mungkin itu yang terlintas dalam hati mereka.

Tapi aku okey. Dan kamu kena faham, setiap manusia ada obsesi mereka terhadap sesuatu. Sebab tu aku tak pernah persoalkan mereka-mereka yang turun KL untuk menonton perlawanan bolasepak pasukan BPL masing-masing di Bukit Jalil hari tu. Sebab tu aku tak persoalkan mereka-mereka yang turun KL untuk menonton konsert Korea yang entah apa-apa hari tu. Sebab tu aku tak pernah persoalkan mereka-mereka yang sanggup mengembara jauh semata-mata untuk berjumpa makwe-makwe kesayangan. Macam yang aku cakap, setiap manusia mempunyai obsesi masing-masing, hatta terhadap makwe-makwe sekalipun.

Tapi obsesi perlulah selari dengan akal fikiran. Dan aku tak rasa obsesi ini akan menggangu akal aku.

Tepat pukul 5 petang, aku sampai ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke situ adalah pada tahun 2001, iaitu semasa berlangsungnya Sukan Sea Kuala Lumpur. Kira-kira 10 tahun yang lepas. Tapi aku tak tengok bola la, kerana aku datang ke situ bersama makcik aku. Jadi aku hanya mengikutnya untuk menonton pertandingan renang berirama. Kecik-kecik lagi dah pandai cuci mata kui3


Aku sebenarnya dah lama berhajat menonton perlawanan bola sepak pasukan Malaysia, satu perkara yang aku simpan sejak dulu. Kali terakhir aku berpeluang untuk ke stadium adalah bagi menonton perlawanan akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia. Namun terpaksa dibatalkan pada saat terakhir kerana atuk aku meninggal 3 hari sebelum tu. Selepas terbabit dengan kemalangan 8 bulan yang lepas, banyak perlawanan yang melibatkan Malaysia terpaksa aku tengok melalui TV sahaja. Seperti kelayakan Piala Dunia dan pusingan awal kelayakan Olimpik. Perlawanan akhir Piala FA 2011 pun aku terlepas >_<

Jadi, perlawanan terakhir yang melibatkan Malaysia pada tahun ini susah untuk aku pandang sebelah mata. Selepas berbincang dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama, aku tekad ke Stadium Bukit Jalil. Sampai di stadium, aku dan Fahmi memilih untuk duduk berhampiran Ultras Malaya. Yang lain duduk kat tempat pilihan masing-masing. Ultras Malaya ni dah lama aku follow tapi hanya dari jauh. Walau sering ‘dikepalabanakan’ oleh team Sokernet, aku rasa Ultras ni ok je. Sekurang-kurangnya dapat memeriahkan suasana, daripada duk dengar bunyi ‘air-hon’ yang menyakitkan telinga, hati dan perasaan.

Ulasan tentang perlawanan? Aku rasa semua orang tau keputusan perlawanan tersebut. Duduk berhampiran pintu gol memberikan aku dua pengalaman bermakna malam tu. Pertama, ketika melihat jaringan menkjubkan daripada wonderkid Malaysia, Mohd Nazmi Faiz Mansor. Kedua, ketika melihat pertahanan Malaysia bolos 3 gol dalam masa 6 minit, betul-betul depan mata. Perasaan pada waktu memang susah nak digambarkan. Aku hanya mampu bersorak dan terus bersorak ketika dah ramai sudah mencarut dan meninggalkan tempat duduk. Pada waktu-waktu macam ni, aku sangat respek dengan ultras.

Tapi ada beberapa perkara aku tak suka terutamanya tentang penggunaan perkataan anjing dalam chant ultras. Bunyinya tak sopan sangat walaupun aku turut serta menyanyi kui3. Kedua, ketika menjerit-jerit nama pemain ketika perlawanan masih berlangsung. Mungkin ini akan menjejaskan fokus pemain, atau memberikan tekanan terhadap pemain tersebut, atau mungkin akan membuatkan pemain itu menjadi over confident. Mungkin la tapi aku pun menjerit jugak kui3

Tamat perlawanan, Malaysia kalah dua gol berbalas tiga. Namun aku tetap puas menonton persembahan mantap Malaysia terutamanya adik Faiz Nazmi. Sebenarnya orang yang benar-benar merasai kekalahan adalah orang yang duduk makan kuaci sambil menyumpah seranah, kerana merasakan masa mereka malam itu dibazirkan begitu saja. Tapi aku tak terasa sangat kerana berasa sangat puas memberi semangat kepada pasukan Malaysia pada malam tu. Aaaumm!!

Pasal isu mengutuk pasukan harimau muda ni, bagu aku nak mengkritik pasukan bolasepak Malaysia sebenarnya tak salah, kerana mereka tak boleh dimanjakan sangat. Nak mengkritik, kritik lah dengan sesuatu yang membina dan tak perlulah nak menyumpah seranah dan menghina sebagainya. Mereka pun manusia biasa jugak.

Akhir kata dari aku, kalau aku ada makwe cun, aku takkan bawak dia pergi tengok bola. Nanti ramai je mata-mata duk x-ray makwe aku. Kedua, kalau aku ada makwe cun, aku takkan bagi dia hisap rokok. Demn, tercemar paru-paru aku malam tu. Jom, layan video yang aku rakam ketika berarak bersama Ultras. Yeah!