Ubat Batuk Cap Ayah & Anak

Hari ni aku cuti dari kerja..
Bukan malas tapi sedikit demam batuk dan selsema..
Tapi bukan ini yang aku nak cerita..
Cerita ni lagi best..

Tadi..
Selepas selesai tidur dengan sepuas-puasnya
Aku turun ke bawah untuk mencari sepinggan nasi untuk dimakan
Selepas mengambil nasi berlaukkan ikan keli goreng..
Aku duduk dalam kedai dengan pemandangan kea rah jalan yang tidak begitu sibuk
Dengan 4 orang lelaki yang sedang duduk di meja hadapan..
Ada yang nampak macam orang Malaysia….
India pun ada..
Indonesia pun ada..
Aku buat tak tau je..

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki dalam umur 10 tahun..
Dia keluar dari kereta yang dipandu ayahnya (mungkin) sambil membawa sepelastik cecair hitam..
Aku mula berasa pelik..
Nampak macam ubat batuk je..
Haihh..
Kecik-kecik dah pandai meniaga rupanya..
Dan salah seorang lelaki didepan tadi terus mendapatkan cecair hitam itu..
Dia pun berjalan ke kereta tadi dan bercakap dengan ayah budak terbabit..
Selepas bergelak-ketawa dan tersenyum kambing beberapa ketika,..
Mereka bersurai..

Aku pun buat bodoh je dengan hati yang menyumpah-nyumpah..
Bodohnya lelaki tu..
Jual ubat batuk bersama anak..
Dah la kecik lagi budak tu..
Kalo kecik dah pandai jual ubat batuk ..
Bila besar nanti jual apa agaknya??

BENGONG!!

p/s: memandangkan tekak aku kurang selesa, aku pon Google untuk mencari petua menghilangkan batuk dan ini salah satunya." Amik Coca-Cola dan campurkan dengan segelas susu pekat. Then minum setiap hari diwaktu pagi". Betulke???hmm

Comments

hadio said…
harap-harap bila dia besar dia akan selalu puasa di bulan Sya'ban.
Hazwan said…
adam~cincau lain la..ish bdk ni..hehhe

hadio~aku harap mu pon mcm tu jgk
beliamuda said…
kalau ada ayah yang sanggup surun anak gi mencuri, apatah lagi kalau disuruh pergi jual ubat batuk kan?
Hazwan said…
beliamuda~xfhm aku dgn org skarang..ish

zra~thanx
safwan said…
dia nak jual kat kau kot,,,kau kan batuk
--PopCorn-- said…
hmm nanti kn pening lak mnum coc n susu.. huhuhu.. pelik2 jer...
makan ubat koflet lagi berkesan.. kejap je dah ley baik batuk.. cari la kat farmasi.. tapi rase die mcm mkn ubat trdsional jer.. hahaha
along rufaidah said…
kalau berkesan cara tu bg tahu ye..ni batuk 3 minggu tak baik2, mkn antibiotik 3 hari..dah baik. then 2 minggu kemudian..dtg balik dh batuk tu -_-"

tapi..coca-cola tak minum..radix cola boleh? :D
farhana roslee said…
kenapenye..bia la die jual ubat batuk..xboleh ke?

ke aku yang lampi ni..
Hazwan said…
safwan~xde plak die promote kt aku..

pop corn~tu pasal..tp mcm nk try je hehe

along rufaidah~tgk la dlu..xtau nk try ke x hehe

papoki~mane boleh..ish,xkn xtau pasal penagih ubat batuk..xtau pape die ni
Mohd Fadil said…
air daun ketum kot..hitam gak kalernya...
Hazwan said…
ek..aku ingatkan kaler hijau
Ken Wooi said…
coke dengan susu pekat? hmm.. boleh ke?

Popular Posts