Rumah Manis Rumah

Salam

Cuaca di UTP kian mendung, mungkin hujan akan membasahi bumi Tronoh sekejap lagi. Barangkali, bumi Tronoh sedang bersedih krn semakin ramai pelajar UTP yg beransur pulang sempena cuti pertengahan semester.

Mungkin Tronoh akan menjadi sunyi buat sementara waktu. Kedai makan Sabilah akan mulai lengang. Begitu juga dengan Salam Corner, Deli Planet, Burger Liverpool, Kafe Pak Ali, D'Jernih dan kedai lepak yg lain. Mereka juga akan mula merindui keletah pelajar UTP, sama seperti bumi Tronoh ini.

Malam ni, insyaallah aku akan berlepas ke Terengganu pada pukul 9 malam, bersama kerinduan kpd keluarga di kampung halaman. Dah lame tak menghirup udara segar di Terengganu, mendengar deruan angin dan ombak di Pantai Teluk Ketapang, serta melahap aneka makanan laut di gerai di tepi pantai bersama kengkawan.

Erm, hujan mula turun. Yang 'maknga', mula berlari-lari mengangkat kain di jemuran. Yang 'betaq', mula berlari-lari ke kelas. Ada juga yg berlari-lari ke kereta, mungkin akan bertolak pulang ke rumah tak lama lagi. Ada juga yang berlari-lari ke kafe, mungkin ingin mengisi kekosongan di perut.

Aihh, sungguh lambat masa berlalu. Tidak sabar rasanya menanti hari esok. Tapi pakaianku masih belum disumbat ke dalam beg. Jadi, ku ingin minta diri dulu.

Bye~~



Comments

duranian said…
bye2 beliau
take care on ur journey
beliamuda said…
hujan ini menangisi "bumi yang gersang"... :)
di saat anda pulang, chuti-chuti home sweet home sana, saya happy-happy buat assignment date due hujung bulan sambil setadi untuk final next month. hu, cambest!

jangan lupa nyanyi lagu balik kampung okei. hv a safe journey
Hazwan said…
duranian~bye2..maseh2

beliamuda~tu salah satu fktornye =)

norashikin~haha..sian..k,thanx
afifahramli said…
pantai teluk ketapang..

huu..
nk balek

Popular Posts