Erti Politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana tidak faham, dia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif lalu memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Dia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Kerana tidak ingin membangunkannya, dia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, dia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya dia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa dia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, dia menyiapkan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Comments

Ingatkan mung nak komen keadaan politik semasa di Perak.. huhu~~

entri yang agak menarik!
emmatomei said…
berpolitik kamoo...
amacam politik di perak???
hohoho
Anonymous said…
dalam mksd tue.....
Hazwan said…
beliamuda~xreti nk komen ttng hal tu.

emma~mcm tu la.mcm dlm paper..

Anonymous~agak ar..
Anonymous said…
sungguh menjadi analogi mu itu
Hazwan said…
err..bkn sku yg buat.aku trbace kat internet tp x ingat amik kat ne...
Fontonk said…
saya sokong maksud politik nih. haha

Popular Posts