Selepas urusan di Kuantan Parade setel, aku dan Faisal cepat-cepat bergerak ke Tanjung Lumpur atau secara spesifik Warung Santai. Waktu tu perut dah bekeroncong kerana aku tidur dalam surau waktu makan tengah hari tadi. Maka terpaksalah aku mememonteng program diet aku seperti malam-malam yang sebelumnya.

Kenapa aku pergi makan kat Warung Santai? Sebab sebelum tu aku sempat menggugel tempat makan yang menarik di sekitar Kuantan. Dan hasil carian itu membawa aku ke tempat ini. Amacam, cantik kan?

Sesuai dengan nama, restoran ini agak santai dari segi dekorasinya dan seakan-akan kita sedang menikmati makanan di kawasan halaman rumah. Tapi bila tengok gambar restoran Santai ni lama-lama, rasa macam restoran eksklusif pulak. Kan?



Harga makanan kat sini pun santai jugak. Memang harga semangkuk Kari Hijau Ayam yang aku order tu berharga RM9.00. Nampak macam mahal tapi kuantiti ayam dalam semangkuk tu agak banyak, sesuai untuk dimakan untuk dua tiga orang. Bergantung kepada saiz perut lah. Jadi tak mahal sangat bagi aku. Sama macam kau order makanan RM4 semangkuk tapi boleh makan sorang-sorang je. Yang harga RM9 tu lagi untung rasanya.

Malam tu aku sempat cuba Kari Hijau Ayam Daging Daddiow dan sayur campur. Dan tak lupa makanan ruji turun temurun, nasi putih. Hasilnya, kembung perut aku malam tu sampai terpaksa berpuasa keesokan harinya. Terpaksa?

Berdasarkan carian Google, kedai makan ni agak top-top jugak dalam senarai kedai makanan femes di Kuantan. Tapi, kalau anda tak puas hati dengan makanan di kedai ini, jangan salahkan aku okey?

Cuba usha gambar di SINI

Terpaksa makan kat dalam sebab kawan aku ni nak layan kartun.
Okeyyy. Selamat menjamu selera!