Kreuk,kreuk,kreuk. Perut bebunyi.

Hak ella.Tiba-tiba je rase lapar. Nk turun ke kafe,rase malas. Sambil merenung lampu kalimantan dibilik,tiba-tiba penulis mndapat idea.

Penulis pun terus mghantar mesej kepd rumate penulis yang sedang bergumbira bermain snuker di luar sana dengan meninggalkan penulis yg sedang bermuram durja.

"Aik,klau mu kuar makan,bli ke aku mee rojak se. klau ade la."

MESSAGE SENT

Harap-harap,die dapat membeli makanan untuk penulis di luar sane. Terbayang-bayang dimata penulis Mee Rojak dari Kedai Salam kat Taman Maju. Fuh,sedapnye.

Tiba-tiba,hanset rumate penulis brbunyi. La, dia tak bawa hanset rupenye. "Cam syial",penulis bermonolog sendirian. Camne ni,perut dah lapar. Tak tau nak buat ape lagi..

Penulis pun mengambil jawapan tutorial MEB yang dipinjam dari Hafiz untuk ditiru.

*MALAS*

Alamak. Penyakit penulis datang menyerang lg. Tidak!!

Selepas berusaha melawan virus malas, penulis akur. Penulis tidak sehebat kawan-kawan yg lain yg mampu melawan virus itu.huhu

Selepas berfikir dua tiga jenak,penulis membuka blog dan mula merepek seorng diri dgan menulis apa yang anda bace sekarang.

p/s:pd saat ini,perut penulis masih berasa lapar.