Kehadapan ayahanda dan bonda ku yang berada di Terengganu, semoga semoga sihat sejahtera. Anakanda di sini sihat dengan kehendak-Nya.
Ayahanda, Bonda..
Apa khabar ayahanda dan bonda? Semoga ayahanda, bonda dan adik-beradik yang  lain berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang anakanda sedang berkelana di Sg Buloh dengan menumpang di rumah kawan, Khairuddin Saad.
Hari ni anakanda berasa sangat sedih kerana tak dapat pulang ke kampung. Walaupun sepurnama yang lalu anakanda telah pulang ke kampung, tapi itu hanya sekejap. Belum puas rasanya menikmati udara segar disana dan menjamah masakan bonda tercinta.
Melihat kemesraan Din bersama keluarganya telah cukup meruntun hari anakanda.  Hati anakanda meonta-ronta ingin pulang ke rumah tapi apakan daya, anakada tak dapt berbuat begitu.  Terasa rindu dengan adik beradik yang lain, dan juga kepada Wafiy, Bahirah, Haziq dan lain-lain. Rindu juga dekat Syifa, anak saudara anakanda yang comel itu.
Oh ya, minggu depan Din sekeluarga akan ke Terengganu. Menurut Din, kakandanya akan berkahwin dengan orang Terengganu tapi  mereka kurang pasti dimana keluarga perempuan itu tinggal. Teringin juga anakanda untuk mengikut mereka tapi faktor kewangan membatasi segalanya. Tapi tidak mengapalah, insyaallah, Aildilfitri nanti anakanda akan pulang untuk bersua dengan ayahanda dan bonda.
Berada di sini, semuanya baik-baik saja. Keluarga Din pun baik. Insyaallah esok anakanda akan bergotong-royong mengecat rumah ini kerana majlis menyambut menatu akan diadakan dalam masa dua minggu dari sekarang. Di harap dengan kesibukan ini, dapat menghilangkan sedikit kerinduan terhadap orang di kampung sana.
Ayahanda, bonda,
Sampai di sini saja warkah dari anakanda untuk kali ini. Insyaallah, anakanda akan berangkat ke Pulau Pinang pada hari Ahad ini. Tolong doakan kesejahteraan anakanda sepanjang berada di perantauan.

Dari anakanda mu
~~hazwan arif~~