Salam satu Malaysia.

Date: 17 Nov,

Venue: Sports Complex.

~Kerepek~


Kerepek vs Faramel

Team Kerepek berjalan ke dlm court dgn perasaan penuh bersemangat. Perlawanan pertama menentang Faramel yg dibarisi awang-awang import UTP. Permainan dimulakan, Kerepek mengatur strategi dgn berhati-hati dan hasilnya GOL!!! Faidhah dgn bersahaja menolak bola kearah gol. Faramel mula tertekan lantas mngatur serangan balas. Tb2, entah dimana silapnya, bola masuk ke dlm gawang kitorang!! Sungguh x cantik gol itu.

Kerepek tidak berputus asa, Belum sempat Faramel bersuka- ria, Mamat mengelecek semua pertahanan lawan dan terus merembat kencang dicelah kaki keeper. Yaa, gol lagi. Kerepek mula berasa yakin,Tp satu kesilapan telah berlaku, secara tb2 gol Kerepek dibolosi. Entah ilmu apa yg diamalkan team Faramel, aku pun tak tahu. Pertukaran keeper dilakukan, Faramel terus menyerang dan keeper dgn tangkas menyerap asakan bertubi-tubi itu.

Tiba referee dtng dgn senyuman jahat dan menunjukkan kad merah kpd keeper, Faris. Faris tersipu-sipu, tdk tahu apa yg berlaku lalu keluar dgn perasaan “girang”. Kerepek terus berjuang dgn 4 lwn 5. Reff mula menunjukkan tanda-tanda utk meniup wisel pnamat dan entah mengapa, bola terlepas dan Faramel mngambil kesempatan utk menjaringkan gol. T_T

~The Faramel~

Kerepek vs The Nerds

Second match, melawan The Nerds yg rata-rata dibarisi bdk2 nerd kos ChemE. Team Kerepek mngatur langkah kedlm court dgn wajah yg bengis. Bdk The Nerds kelihatan pucat, kaki mula terketar-ketar bila melihat keyakinan yg terpancar di muka Kerepek. Ade jgk yg ingin menarik diri dan ingin memberikan kemenangan percuma kpd kami. Peristiwa ini benar-benar meruntun hati pemain Kerepek. Perasaan kitorang mula berbelah-bahagi, sama ada mahu membelasah The Nerds atau tak.

Ketika Kerepek sedang melayan perasaan kesian trhadap The Nerds, mereka mula mngambil kesempatan atas kelembutan hati kami. Gol kami dibolosi dgn kerelaan kami sendiri, krn tak sanggup melihat diorang besedih hati dgn kekalahan diorang yg mngkin yg akan berlaku. Dak keputusannya, kalah lagi. Tp takpelah, asalkan kami dpt melihat diorng senyum atas kemenangan diorng.

~The Nerds~

Kerepek vs Gan-Tan

Third Match, melawan Gan-Tan. Nampak lembik je team ni. So, captain Kerepek mengambil keputusan utk berehat, dgn memberi peluang kpd pemain lain utk beraksi. Perlawanan dimulakan. Captain Kerepek mula resah melihat aksi-aksi longlai Kerepek. Pemain Kerepek seolah-olah dipukau atau secara jujurnya dibomohkan. Segala strategi yg diatur serba tak menjadi. Cis, sungguh kotor taktik Gan-Tan, menggunakan bomoh rupenye. Kerepek mula ketinggalan. Kerepek lantas melakukan pertukaran dgn captain dimasukkan menggantikan Faidhah.

Keadaan berubah, Kerepek mula menguasai perlawanan. Serangan bertali arus dgn rembatan bertubi-tubi dilakukan kearah pintu gol lawan dilakukan ditambah lg dgn pelbagai jurus utk melwn bomoh diorang. Dan hasilnya captain Kerepek Berjaya menjaringkan gol. Semangat Kerepek meningkat ke tahap maksimum, dan serangan bertali arus ke kubu lawan dilakukan. Mungkin krn kehebatan bomoh yg diorang gunakan, Kerepek hanyan mampu menambah satu gol. Kalah lagi. T_T

~Gan-Tan~

Kerepek vs Oreo

Match keempat, melawan Real Madrid ChemE, OREO. Hurmm, tak hebat mane pun diorang ni. Lebih kurang je dgn Kerepek. Perlawan agak seimbang dgn kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan dgn Kerepek diketuai oleh captain mereka sendiri. Tp entah mcm mana, striker agak tumpul kali ni walaupun byak peluan yg terhidang didepan mata. Dan tanpa disedari, bola terlepas dan Oreo mgambil kesempatan utk menjaringkan gol. T_T

~Oreo~

Next Match, melawan Ring-Ring Dong dan V3A S4. Sebelum tu, Kerepek berkumpul sekejap. Masing2 meluahkan perasaan krn tak sampai hati utk membelasah Ring-Ring Dong dan V3A S4 yg dibarisi pemain-pemain kurang ternama. Ditambah lagi dgn kecederaan pemain utama diorang, so dgn itu Kerepek mngambil keputusan utk menarik diri dr kejohanan ini. Kami tarik diri bkn sbb takut tau, cuma tak sampai ati nk membelasah diorang. :D

~Ring-Ring Dong~

~V3A S4~

Berita ini disambut baik oleh team lain. Mereka mula berebut-rebut utk mendapatkan captain Kerepek. Selepas berfikir masak-masak dgn mengambil kira kondisi badan yg agak keletihan serta team yg membuat tawaran, captain Kerepek hanya menerima tawaran dr Ring-Ring Dong dan V3A S4 dan mengetepikan tawaran dr The Nerds. Sorry guys, diorang lebih memerlukan aku.hehe

Perlawanan diteruskan dgn hambar selepas ketiadaan Kerepek. Selepas menunggu hamper pukul 1 ptng, Oreo telah dinobatkan sebagai juara, Aik sebagai pemenang Kasut Emas dan Mayak sbgai Pemain Terbaik Kejohanan(walaupun ade suara2 yg mahukan captain Kerepek sbgai pemenang utk anugerah ini). Apa-apa pun, tahniah kpd Zaki dan Pojie yg bertindak sbgai penganjur dan juga reff utk kejohanan ini. Diharap pertandingan sebegini akan diteruskan lagi pd masa akan datang.

~Pojie and Zaki~

~Pemenang Kasut Emas~

~Best Player~


~amaran untuk semua dlm gambar ni~

KEREPEK AKAN KEMBALI!!!


~KEREPEK CAPTAIN~